Syair

Syair merupakan sejenis puisi berlagu. Ia berasal dari Parsi dan telah dibawa masuk ke Nusantara bersama-sama dengan kedatangan Islam. Syair telah diubahsuaikan mengikut kesesuaian Bahasa Melayu Klasik ketika itu. Namun begitu, A. Teeuw berpendapat bahawa syair merupakan puisi Melayu lama yang telah sedia wujud tetapi namanya telah ditukar.

Terdapat bukti bahawa bentuk syair itu sendiri telah wujud sebelum kejatuhan Kerajaan Melaka, sebagaimana yang tersurat dalam kata-kata yang tertulis pada sebuah batu nisan tua yang telah di-jumpai di Minye Tujuh, Acheh, bertarikh kira-kira pada T.M. 1380 itu, ialah berbentuk syair; bagitu juga hasil-hasil sastera yang berbentuk syair bait, seloka, gurindam, istimewa pula pantun, harus telah sedia di ketahui oleh orang Melayu sebelum zaman kejatuhan Melaka atau pun tatkala buku Sejarah Melayu di karang; buktinya boleh di pastikan dalam kisah "Meminang Puteri Gunung Ledang" di dalam buku Sejarah Melayu itu, yang menyebutkan demikian

"…….segala burung di dalam taman itu pun berbunyi, pelbagai bunyinya, ada yang seperti orang bersiul, ada yang seperti orang berbangsi, ada yang seperti orang bersyair, ada yang seperti orang ber­bait, ada yang seperti orang berseloka, ada yang seperti orang bergurindam "

Syed Naquib al-Attas berpendapat bahawa syair dicipta oleh Hamzah Fansuri sendiri selepas kedatangan Islam iaitu pada tahun 600 Masihi. Za'aba pula mendakwa bahawa syair berasal daripada perkataan "syir" yang membawa maksud perasaan serta pengenalan dengan pancaindera yang selalunya membangkitkan pelbagai perasaan dan pengalaman serta mempunyai bahasa yang indah dan menarik.

Syair disampaikan dalam bentuk rangkap dan menjadi kegemaran masyarakat Melayu lama. Syair tidak mempunyai pemilik atau penulis yang khusus. Syair dianggapa milik bersama oleh masyarakat Melayu lama. Hamzah Fansuri telah menghasilkan syair yang lebih bersifat Melayu dan menyebabkan syair Melayu sudah menyimpang daripada bentuk syair Arab.

Ciri-ciri syair :

  • terdiri daripada 4 baris serangkap (tetapi sesetengah syair boleh juga dihasilkan dalam 2 atau 3 rangkap).
  • syair tidak mempunyai pembayang maksud (berbeza dengan pantun).
  • setiap baris dalam syair mempunyai makna yang berkaitan dengan baris-baris terdahulu. Sebuah syair biasanya menceritakan suatu kisah.
  • bilangan perkataan dalam setiap baris adalah sama iaitu 4 perkataan dan 8-12 suku kata dalam satu baris.

Syair boleh terdiri daripada syair romantik, syair sejarah, syair ibarat dan juga syair keagamaan.

Pautan luarSunting

🔥 Top keywords: Laman UtamaMaulidur RasulMuhamad Akmal SalehLuruhnya Bunga CintaNabi Muhammad SAWRukun solatKhas:CariGegar Vaganza (musim 10)Tracie SinidolPemburu RahsiaInna lillahi wa inna ilaihi raji'unWan Ji Wan HussinAsertifGegar VaganzaSenarai negara berdaulatPenyakit XKesultanan Melayu MelakaMandi wajibSukan Asia 2022Malbatt: Misi BakaraAnwar IbrahimZaini UjangSenarai peribahasa (A–M)Yang di-Pertuan AgongOne Million Dollar VoiceCliff UmarMusa HassanMalaysiaRukun NegaraBendera MalaysiaMahathir bin MohamadPeribahasa MelayuPiala Malaysia 2023Kampung Boy (siri TV)Al Nassr FCOrang Melayu IndonesiaKemamanAstro (televisyen satelit)Gegar Vaganza (musim 7)TayamumIsteri-isteri Nabi MuhammadSujud sahwiSalasilah keturunan Nabi MuhammadBukan Cinta SempurnaPerdana Menteri MalaysiaPeroduaSurah al-FatihahMohd Radzi Md JidinAndi Arsyil RahmanDoa IftitahRukun ImanXXX: Return of Xander CageNaszriah NgasriSepahtu Reunion LiveSelangorMamat ExistsFrom Saga With LoveSultan Ibrahim IsmailPerang PadriKemaman (kawasan persekutuan)Pelangai (kawasan negeri)Persatuan Negara-negara Asia TenggaraSenarai saluran AstroJohor Darul Ta'zim F.C.Tan Cheong MinBahasa MelayuGegar Vaganza (musim 5)Gegar Vaganza (musim 9)Universiti Teknologi MARALiza HanimNeelofaPeristiwa 13 MeiBima SaktiNajib RazakTunku Abdul RahmanMohd Noor Helmy Abdul HalemGegar Vaganza (musim 8)Nombor plat kenderaan MalaysiaSabah F.C. (Malaysia)Kitar semulaAbang LejenPadiberas Nasional BerhadUtusan MalaysiaSharifah ShahirahSarawakGegar Vaganza (musim 6)Pembentukan MalaysiaAyat kursiGegar Vaganza (musim 3)Tok JanggutNajis dalam IslamPutrajayaKata adjektifGegar Vaganza (musim 4)Gegar Vaganza (musim 2)Perayaan Kuih BulanNaqiu BoboySultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah ShahPuteri Sarah Liyana