Setelah Terlafaznya Akad 2

Setelah Terlafaznya Akad 2 ialah sebuah siri drama televisyen melayu tahun 2022 arahan Michael Ang. Dibintangi oleh Kamal Adli dan Uqasha Senrose Siri drama ini memulakan tayangan perdana di Slot MegaDrama, Astro Ria bermula 1 Jun 2022 menggantikan Jangan Menangis Cinta.

Setelah Terlafaznya Akad 2
GenreMelodrama
Cinta
Keluarga
Konflik
Berdasarkan daripada
Adaptasi novel Setelah Terlafaznya Akad 2 karya Anna Milia
Ditulis oleh
  • Rehal Nuharis
  • Bikash Nur Idris
  • Atilia Azhar
PengarahMichael Ang
Dibintangi oleh
Lagu pembukaanAnta Permana - Dato Sri Siti Nurhaliza
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod20
Penerbitan
Penerbit eksekutif
  • Francis Foo
  • Leng Lai
PenerbitMichael Ang
Tempoh siaran42 minit
Syarikat penerbitan
Juita Viden
Penyiaran
Saluran asalAstro Ria (Slot MegaDrama)
Format audioDolby Digital
Siaran asal1 Jun 2022 – 5 Julai 2022
Kronologi
MengikutiJangan Menangis Cinta
Diikuti olehJodohku Babysitter

Sinopsissunting

Tiga tahun setelah lafaz kedua, rumah tangga Hanan dan Nawal bertambah bahagia dengan adanya Qadeeja. Namun perangai mengada Nawal dan sikap kedekut Hanan masih tidak berubah yang mengakibatkan perhubungan mereka terkesan dengan perangai masing-masing.

Nawal disahkan mengandung anak kedua. Dalam meniti kebahagiaan sebagai seorang isteri, Nawal tahu Ida sebenarnya ada hati pada suaminya tetapi Hanan selalu menidakkannya dengan mengatakan bahawa kononnya Nawal berperasaan cemburu tidak bertempat. Kehadiran Wahab pula mula merubah corak kehidupan perkahwinan mereka. Nawal difitnah mempunyai hubungan dengan Zaki sehinggakan Hanan percaya. Ini membuatkan Nawal lebih tertekan dan akhirnya dia keguguran, ditambah pula dengan peninggalan Tok Ma yang diserang sakit jantung.

Nawal berasa kecewa apabila Hanan tidak mempercayainya sehingga dia bertekad untuk memilih untuk membawa diri. Pada saat itu, Hairuddin muncul untuk memporak-perandakan lagi hubungan mereka. Mampukah mereka mempertahankan kebahagiaan mereka?

Pelakonsunting

Sambutansunting

Astro Ria kembali membawa kisah percintaan antara Hanan dan Nawal dalam naskah musim keduanya, iaitu ‘Setelah Terlafaznya Akad 2’. Drama bersiri terbitan Juita Viden Sdn. Bhd ini memaparkan naratif perjalanan emosi sebuah pasangan suami isteri yang sering diketengahkan dalam isu rumah tangga di kalangan masyarakat seperti pergaduhan, penderaan, sikap dengki dan amalan sihir.

Drama sensasi ini mengembalikan kombinasi romantik Kamal Adli sebagai Hanan dan Uqasha Senrose sebagai Nawal yang kini bergelar suami isteri.

Norzeha Mohd Salleh, Pengurus Saluran Astro Ria berkata, “Pasti ramai yang ingin tahu sambungan kisah rumah tangga Nawal dan Hanan setelah kesudahan musim pertama ‘Setelah Terlafaznya Akad’.

Memandangkan adanya permintaan yang tiada putus-putus daripada para peminat drama tempatan, kami merasakan masanya sesuai untuk membawa kesinambungan kisah romantik mereka, apatah lagi kedua-dua pelakon utama, Kamal dan Uqasha sudahpun bergelar suami isteri. Chemistry di antara mereka memang tidak dapat disangkal lagi sehinggakan fiksyen itu menjadi realiti menerusi ‘Setelah Terlafaznya Akad 2’ .

Jika terdahulunya, naratif lebih tertumpu kepada pelbagai konflik tercetus di antara mereka yang disulamkan dengan bibit-bibit awal pencintaan mereka, musim kedua pula lebih tertumpu kepada kehidupan mereka mengharungi dunia perkahwinan. Perkahwinan mana yang tidak diduga dengan cubaan atau masalah? Baik sesama sendiri mahupun campur tangan orang luar.

Kisah Nawal dan Hanan mirip-mirip kisah hubungan suami isteri di kalangan masyarakat kita. Apa yang dilalui mereka sepanjang penceritaan musim ini, sudah pastinya dilalui kebanyakan mereka yang sudah berumah tangga.

Sekali lagi Michael Ang menggalas tanggungjawab sebagai sutradara ‘Setelah Terlafaznya Akad 2’. Beliau memberikan naskah yang begitu hebat serta efektif dalam menyampai segala sisi-sisi penceritaan kisah percintaan antara Nawal dan Hanan. Menerusi penceritaan Michael, dia menunjukkan transisi kedua-dua watak utama dari musim pertama ke musim kedua. Pasti para penonton dapat mengesan kematangan serta kedalaman watak Nawal dan Hanan dalam melayari bahtera perkahwinan mereka.

Kerjasama antara pengarah drama ini amat kami hargai kerana keberanian dan kreativiti beliau membuatkan drama ini nampak lebih intense. Naratifnya bakal membuat para penonton terikut-ikut dengan dramanya, lebih-lebih lagi dengan gandingan dua orang pelakon yang disegani ramai.

Dengan penerbitan drama ini, kami berharap para penonton dapat mengambil pengajaran-pengajaran yang ingin disampaikan, lebih-lebih lagi kepada mereka yang terkesan dengan penceritaannya. Kami juga berharap ramai lagi akan lebih tertarik dengan drama bersiri ini dengan gandingan pertama sebagai suami isteri, Kamal dan Uqasha.

Michael Ang, Penerbit dan Pengarah Drama Bersiri ‘Setelah Terlafaznya Akad 2’ menambah, “Drama ‘Setelah Terlafaznya Akad 2’ menyaksikan gandingan hebat sekali lagi daripada Kamal Adli dan Uqasha Senrose dan ini merupakan drama pertama mereka setelah bergelar suami dan isteri. Malah, mereka juga sebenarnya jatuh cinta sewaktu penggambaran ‘Setelah Terlafaznya Akad’ jadi para peminat pasangan ini pastinya akan dapat melihat banyak lagi babak-babak manis mereka seperti mana mereka sendiri melayani satu sama lain di alam realiti.

Tambahan pula, keserasian mereka selepas bergelar suami isteri menjadi semakin baik dan lantas menjadikan lakonan mereka sangat tepat dan hebat seperti yang kami mahukan. Tiada cacat cela yang dapat kami lihat ketika mereka bersungguh-sungguh membawa watak Hanan dan Nawal. Mereka memang sangat profesional ketika berdepan dengan kamera.

Kami sangat berbangga kerana drama pertama ‘Setelah Terlafaznya Akad’ telah berjaya menjadi fenomena dan trend sehingga drama ini menjadi antara carian tertinggi di Google Search pada tahun 2019. Sebagai tanda penghargaan, kami ingin menyambung penceritaannya kepada peminat-peminat drama ini.

Daripada segi jalan cerita pula, drama kali ini akan mempamerkan lakonan Kamal dan Uqasha yang lebih mantap dengan jalan cerita yang lebih intense. Penonton akan dapat mempelajari tentang perkahwinan serta dugaan-dugaannya. Kami cuba tampilkan pelbagai aspek perkahwinan seperti pergaduhan dalam rumahtangga, suami kaki pukul, perasaan hasad dengki dan juga amalan sihir.

Melalui drama ini, kami berharap para penonton dapat mengambil iktibar akan bahayanya perasaan hasad dengki terhadap perkahwinan orang lain serta amalan sihir pemisah. Kita jangan sangka perkahwinan yang dianggap indah itu tiada ujian dan dugaan. Banyak pengajaran dan nilai-nilai murni yang dapat diperoleh melalui jalan cerita kali ini. Semoga para penonton dapat menikmati babak-babak bittersweet yang kami paparkan dalam drama ‘Setelah Terlafaznya Akad 2’ ini.”[1]

Selain itu, pertukaran watak penting dalam drama ini membuatkan penonton berasa sedikit kecewa. Antaranya watak Tok Ma Rogayah yang dahulunya dilakonkan oleh Norlia Ghani itu tidak dapat meneruskan pembabitannya dalam drama ini kerana jadualnya yang amat padat. Jadi watak tersebut kini dilakonkan oleh Normah Damanhuri. Selain itu, watak Milah yang dahulunya dilakonkan oleh Nadya Syahera juga tidak dapat meneruskan drama ini kerana ketika itu beliau sedang hamil. Jadi watak tersebut digantikan oleh Hiera Hasan. Tidak lupa juga, watak Ida yang dahulunya sebuah watak yang pernah disebut dalam musim pertama. Kini dilakonkan oleh bakat baharu iaitu Musyi Mohtar sebagai watak antagonis.

Rujukansunting

  1. ^ "Sinopsis Setelah Terlafaznya Akad 2". @femagonline. 27 Mei 2022. Dicapai pada 27 Mei 2022.
🔥 Top keywords: Nuzul QuranKhunsa (siri TV)Laman UtamaLelaki ItuWanita SyurgaTakdir Itu Milik AkuKhas:CariManatiNabi Musa a.s.AsertifAdiraBrazilPeristiwa Kampung MedanUnited KingdomSenarai Surah Al-QuranMuhamad Akmal SalehMohd Safee Mohd SaliMalaysiaSejarah al-QuranProjek: High CouncilRita RudainiLailatulqadarPerang BadarPuasa (Islam)Khas:Perubahan terkiniPerang PadriInna lillahi wa inna ilaihi raji'unAngeline TanPeribahasa MelayuDugongSarimah IbrahimKelayakan Piala Dunia FIFA 2026 (AFC)Mandi wajibHari Raya AidilfitriPolitik balas budiRamadanFarah AhmadYang di-Pertuan AgongSenarai peribahasa (A–M)Nabi Muhammad SAWMedia sosialSurah Al-AlaqRukun IslamMantra (filem)Elizabeth TanSenarai negara mengikut keluasanSurah al-FatihahKelayakan Piala Dunia FIFA 2026 – AFC Pusingan KeduaEmpayar Rom SuciPerempuan Itu (drama)Mohd Aidil Zafuan Abdul RadzakKarim BenzemaNadia AqilahPerbadanan Tabung Pendidikan Tinggi NasionalJuzDe FamStray KidsPeristiwa 13 MeiPerang Dunia PertamaSultan Ibrahim ibni Sultan IskandarPlat pendaftaran kenderaan MalaysiaAdnan Abu Hassan (ahli politik)Gereja KatolikSultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah ShahSaifuddin Nasution IsmailRaja AzuraPrivate BodyguardSiti Khadijah HalimKhunsaLondonKobe Jae ChongRuhainiesMalang Si PuteriPenjodoh bilangan bahasa MelayuAmir AhnafSenarai saluran AstroAmerika SyarikatShahrulezad MohameddinPasukan bola sepak kebangsaan MalaysiaXXX: Return of Xander CageMahathir MohamadKesultanan Melayu MelakaAnwar IbrahimHannah DelishaNasi tangasNadhir NasarMierul AimanSijil Tinggi Agama MalaysiaSurah al-AlaqSarawakAliff AzizKadet Remaja Sekolah MalaysiaSolat tarawihRiena DianaKerajaan TarumanagaraSenarai lagu yang bertemakan Hari RayaSiti NurhalizaAsbab al-nuzulSolat