Perempuan

Manusia dewasa perempuan

Perempuan (Jawi: ڤرمڤوان) atau wanita (Jawi: وانيتا‎) ialah salah satu daripada dua jantina bagi manusia selain lelaki. Perempuan difahamkan sebagai manusia yang memiliki organ pembiakan berkemampuan mengandung, melahirkan dan menyusui anak. Genom seorang perempuan mewarisi dua kromosom X dari dua-dua belah ibu dan bapa, sifat "keperempuanan" ini diwarisi dari kandungan estrogen yang lebih tinggi semasa berkembang dalam janin lalu membezakan dari fisiologi badan yang agak kecil, pinggul dan dada lebih luas besar serya kurang berotot dari kaum lelaki lagi-lagi semasa akli baligh.

Perempuan
ڤرمڤوان
Dari kiri ke kanan bermula dari atas: Sappho  • Venus  • Joan of Arc  • Eva Perón  • Marie Curie  • Indira Gandhi  • Venus of Willendorf  • Wangari Maathai  • Mother Teresa  • Grace Hopper  • Mamechiho, seorang Geisha  • seorang petani dari Tibet  • Marilyn Monroe  • Oprah Winfrey  • Aung San Suu Kyi  • Mata Hari  • Isis  • seorang Ratu Balqis  • Elizabeth I  • Florence Owens Thompson
Lambang planet Venus

Kaum perempuan sepanjang sejarah manusia sering diberikan peranan terbatas dalam masyarakat, namun kemajuan dan pembaharuan yang dicetuskan dan dilaksanakan pada abad ke-19 membebaskan kaum ini dapat mendalami pendidikan dan peluang sara hidup sama tinggi dengan kaum lelaki.

Peristilahansunting

Perkataan perempuan merupakan hasil pengimbuhan kata dasar empu[1] (Jawi: امڤو‎) yang bermaksud "tuan".[2] Perkataan wanita pula diserap dari bahasa Sanskrit वनिता vanitā bermaksud "tercinta", "diharapkan, didambakan, dicintai...";[1][3] "wanita" lebih mempunyai maksud terpakai kepada siapa-siapa perempuan berusia dewasa malah lebih memberi konotasi sopan, halus dan "terhormat" sehingga lebih terguna dalam konteks rasmi.[4]

Penggunaan perkataan "perempuan" dalam bahasa Melayu adalah khusus untuk manusia; bagi haiwan, jantinanya dirujuk sebagai betina. Perkataan lain yang membawa erti sama dalam konteks manusia ialah gadis dan dara.

Lambangsunting

Sistem pembiakan perempuan

Lambang planet Zuhrah ialah simbol untuk jantina betina dalam bidang biologi; suatu penggambaran cermin tangan dewi Venus yang terdiri daripada sebuah bulatan dengan palang kecil di bawah (Unikod: ♀). Simbol Venus juga mewajahkan kewanitaan, dan mewakili tembaga dalam alkimia kuno. Ahli alkimia membina simbol itu daripada bulatan yang melambangkan roh di atas palang yang melambangkan jirim.

Biologi dan jantinasunting

Faktor-faktor biologi bukannya penentu yang tunggal untuk memastikan adakah seorang itu dianggap sebagai perempuan. Sesetengah perempuan mempunyai perbezaan hormon atau kromosom yang abnormal (seperti hiperplasia andrenal kongenital, sindrom ketidaksensitifan androgen yang lengkap ataupun sebahagian, ataupun keadaan interseks yang lain), dan terdapatnya juga perempuan-perempuan yang, pada awal kehidupan mereka, tidak mempunyai fisiologi perempuan yang tipikal (perempuan transeksual). (Sila lihat: Identiti jantina.)

Dari segi biologi, organ seks perempuan terlibat dalam sistem pembiakan, sedangkan ciri-ciri jantina sekunder adalah untuk menjaga anak serta untuk menarik perhatian pasangan. Kebanyakan perempuan mempunyai kariotip 46,XX, tetapi hampir satu perdua ribu lima ratus akan mempunyai 45,X.

Walaupun bilangan perempuan adalah kurang daripada bilangan lelaki (nisbahnya di lingkungan 1:1.05), oleh sebab jangka hidup yang lebih panjang, terdapatnya hanya 81 orang lelaki berumur 60 tahun ke atas bagi setiap 100 orang perempuan; di golongan yang tertua, hanya terdapatnya 53 orang lelaki bagi setiap 100 orang perempuan. Perempuan mempunyai kadar mortaliti yang lebih rendah berbanding lelaki, termasuk sewaktu dalam uterus, dan pada puratnya, mereka hidup lima tahun lebih lama disebabkan gabungan faktor-faktor:

  • genetik: terdapatnya gen yang lewah dan berbeza-beza di dalam kromosom seks perempuan;
  • sosiologi: di kebanyakan negara, perempuan tidak perlu menjalani pengerahan untuk perkhidmatan tentera;
  • pilihan yang menjejaskan kesihatan: seperti pembunuhan diri serta penggunaan rokok dan alkohol);
  • estrogen, iaitu hormon perempuan, mempunyai kesan yang boleh melindungi jantung di kalangan perempuan yang belum mencapai putus haid; sebaliknya, lelaki mempunyai tahap androgen yang lebih tinggi.

Daripada jumlah penduduk, terdapatnya 101.3 orang lelaki bagi setiap 100 orang perempuan (sumber: Almanak Dunia 2001).

Selepas permulaan menarke (haid pertama), kebanyakan perempuan berupaya menjadi hamil dan beranak. Penyelidikan pembiakan perempuan dan organ seks digelarkan ginaekologi. Secara amnya, perempuan mencapai putus haid pada akhir 40-an atau awal 50-an. Sewaktu itu, ovari mereka menamatkan penghasilan estrogen, dan mereka tidak lagi berupaya menjadi hamil.

Secara amnya, perempuan menghidapi penyakit yang sama dengan lelaki; bagaimanpun, terdapatnya beberapa penyakit jantina yang lebih kerap ataupun khusus dihidapi oleh perempuan.

Sejarah hak-hak undang-undang perempuansunting

Sesetengah sistem undang-undang awal sebelum sistem-sistem moden menformalkan tanggungan wanita.

Mengikut pandangan Islamsunting

Di dalam agama Islam, terdapat banyak hak-hak wanita seperti perkahwinan, penceraian, hak penjagaan anak dan sebagainya seperti yang digariskan di dalam Al-Quran. Perkara ini juga telah dibincangkan oleh Dr. Sharifah Nooraida Wan Hasan di dalam kajiannya.[5][6][7][8][9]

Hukum kitab Biblesunting

Dalam undang-undang Nabi Musa, perceraian tidak dapat dilaksanakan dengan mudah — hanya di bawah keadaan-keadaan yang tertentu. Dalam kebanyakan kes, perceraian dilaksanakan sewaktu suami atau isteri melakukan zina; dalam kes tersebut, orang yang berzina akan direjam dengan batu (kecuali ditunjukkan belas kasihan).

Seorang suami boleh menandatangani sijil perceraian jika dia mendapati isterinya telah melakukan perbuatan yang cabul, tetapi jika tuduhan itu didapati salah, dia akan dirotan serta didenda, dan tidak boleh lagi menceraikan isterinya bagi seumur hidup. Jika bukti-bukti tidak dapat dikemukakan, isterinya dikehendaki menyumpah orang yang berzina (Deut 22:13~30).

Perincian daripada Kelahiran Venus ("The Birth of Venus") oleh Bouguereau)

Selain daripada kejadian-kejadian ini, terdapatnya juga banyak undang-undang untuk mengendalikan kesalahan mengenai kesucian (baik lelaki atau perempuan), dan perkahwinan antara seorang lelaki dengan wanita tawanan yang merupakan pagan ataupun dengan wanita hamba yang dibelinya. Ikrar perkahwinan boleh dihalang oleh ayah wanita, dan anak-anak perempuan hanya boleh mewarisi harta kalau tiadanya adik-beradik lelaki (dan mereka juga diperlukan berkahwin di dalam puak sendiri). Adalah mungkin untuk seorang wanita yang bercerai ataupun yang telah menjadi balu untuk berkahwin semula, tetapi jika balu itu tidak mempunyai anak (dan jika suami yang mati itu tidak mempunyai anak sebelum berkahwin dengannya), dia harus berkahwin dengan adik lelaki suaminya itu jika adik itu masih bujang. Tambahan pula, jika adik yang dara itu enggan menjalankan kewajipannya, dia tidak diperlukan berbuat demikian, dan wanita itu akan diberi pampasan perbandaran.

Matthew 19: 3-12 [NIV] memberikan perincian mengenai pandangan Kristian yang awal mengenai perceraian (terdapatnya banyak bahagian-bahagian yang lain mengenai perkahwinan dan perceraian di dalam kedua-dua Wasiat Lama dan Wasiat Baru) melalui cerita berikut:

3Beberapa orang Farisi berjumpa dengannya untuk mengujinya. Mereka bertanya, "Adakah ia sah bagi seorang lelaki untuk menceraikan isterinya atas sebarang ataupun atas setiap alasan?"
4"Belumkah engkau membaca", dia berjawab, "bahawa pada mulanya, Pencipta 'membuat mereka lelaki dan perempuan,' 5dan berkata, 'Untuk alasan ini, seorang lelaki akan meninggalkan ibu bapanya dan menyatukan dengan isterinya, dan kedua-dua itu akan menjadi satu badan'? 6Oleh demikian, mereka tidak lagi merupakan dua, tetapi satu. Jadi apa yang Tuhan menyatukan, manusia janganlah memisahkan."
7"Jika begitu," mereka bertanya, "mengapakah Musa memerintah bahawa seorang lelaki memberikan isternya sijil perceraian dan menyuruh pergi?"
8Jesus berjawab, "Musa mengizinkan engkau menceraikan isteri kerana hatikau sewaktu itu keras. Tetapi ia bukan sebegitu pada awalnya. 9Aku memberitahu engkau bahawa sesiapa yang menceraikan isterinya, kecuali atas alasan ketidaksetiaan perkahwinan, dan berkahwin dengan perempuan yang lain berlaku zina."
10Pengikut-pengikut berkata kepadanya, "Jika ini merupakan keadaan antara suami dan isteri, lebih baik jangan berkahwin."
11Jesus berjawab, "Bukan setiap orang yang mampu menerima kata-kata ini, kecuali mereka yang diberikannya. 12Untuk sesetengah, mereka merupakan sida-sida kerana dilahirkan sebegitu; yang lain dijadikan begitu oleh manusia; dan yang lain menolak perkahwinan disebabkan alam baqa. Yang mampu menerimanya harus menerimanya."
  • Sila gantikan terjemahan di atas jika anda dapat memperolehi versi kitab Bible yang piawai.

Budaya dan peranan jantinasunting

Wanita Bangladesh menenun. Dari segi sejarah, kerja textil dianggapi sebagai pekerjaan perempuan di sesetengah budaya.

Di dalam banyak budaya prasejarah, perempuan memainkan peranan kebudayaan yang khusus. Secara amnya, di dalam masyarakat pemburu-pengumpul, perempuan mengumpulkan makanan tumbuhan, sedangkan lelaki memburu untuk daging. Disebabkan pengetahuan tumbuhan yang mendalam, kebanyakan ahli antropologi memperdebatkan bahawa perempuan ialah yang mengetuai Revolusi Neolitik dan merupakan perintis pertanian yang pertama dalam sejarah.

Dalam sejarah yang lebih terkini, peranan perempuan telah bertukar secara pesat. Peranan jantina yang tradisional bagi perempuan kelas menengah biasanya meliputi tugas-tugas rumah tangga yang menekankan penjagaan anak, dan tidak melibatkan pekerjaan bergaji.Bagi perempuan yang lebih miskin, khususnya mereka daripada kelas buruh, tugas-tugas rumah tangga merupakan impian mereka kerana keperluan ekonomi memaksakan mereka mencari pekerjaan di luar rumah. Bagaimanapun, pekerjaan yang dibuka untuk perempuan kelas buruh mempunyai prestij dan gaji yang lebih rendah berbanding pekerjaan yang dibuka kepada lelaki. Akhirnya, penyekatan perempuan daripada pekerjaan-pekerjaan bergaji merupakan tanda kekayaan dan prestij, sedangkan perempuan yang keluar daripada rumah untuk bekerja merupakan tanda kelas yang lebih bawah.

Gerakan wanita merupakan sebahagian daripada perjuangan untuk mencapai kesamarataan peluang dengan lelaki, dan untuk mencapai kesamarataan hak tanpa mengira jantina, walaupun hubungan dan syarat-syarat yang khas diterima secara sukarela dalam perkahwinan. Kesulitan untuk mendapat pengakuan disebabkan oleh faktor-faktor sejarah yang bergabung dengan tabiat dan adat resam yang dihasilkan oleh sejarah. Melalui gabungan pengubahan-pengubahan ekonomi dan usaha-usaha gerakan kewanitaan dalam dekad-dekad kebelakangan ini, perempuan di kebanyakan masyarakat kini dapat memperolehi kerja-kerja selain daripada kerja suri rumah tradisional. Walaupun demikian, wanita moden di masyarakat Barat masih menghadapi cabaran di tempat kerja, serta dengan persoalan seperti pendidikan, keganasan, penjagaan kesihatan, dan keibuan. Perubahan-perubahan dan perjuangan-perjuangan ini merupakan sebahagian daripada tumpuan penyelidikan wanita dalam bidang akademik.

Rujukansunting

  1. ^ a b Risa Herdahita Putri (27 April 2018). "Peran Perempuan Jawa Kuno". Historia. Dicapai pada 27 Jun 2021.
  2. ^ "empu". Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017.
  3. ^ Monier-Williams, Monier (1981). A Sanskrit-English Dictionary. Delhi, Varanasi, Patna: Motilal Banarsidass. m/s. 918. - melalui Edi Sedyawati dkk. (1994). Kosakata Bahasa Sanskerta dalam Bahasa Melayu Masa Kini. Jakarta, Indonesia: Pusat Pembinaan dan Pengembangan Bahasa Departemen Pendidikan dan Kebudayaan Republik Indonesia. m/s. 193.
  4. ^ Siti Parhani (6 Januari 2021). "Antara Wanita dan Perempuan, Apa Bedanya?". Magdalene. Dicapai pada 27 Jun 2021.
  5. ^ Mohd Khairul Anuar Ismail; Raihanah Abdullah; Sharifah Nooraida Wan Hasan (2014). "Perlukah Wanita Dididik Dengan Hak-Hak Wanita Selepas Perceraian" (PDF). Jurnal Penyelidikan IPG Kampus Batu Lintang. 2 (2): 83-95.
  6. ^ Sharifah Nooraida Wan Hasan; Raihanah Abdullah (2014). "Pengajaran Pendidikan Hak-Hak Wanita Muslim: Pengalaman Institut Pendidikan Guru Di Sarawak" (PDF). The Online Journal of Islamic Education. 2 (1): 65-75. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2016-06-01. Dicapai pada 2016-04-28.
  7. ^ Sharifah Nooraida Wan Hasan; Raihanah Abdullah (2016). "Hak-Hak Wanita Muslim dan Pendidikan". Journal of Shariah Law Research. Universiti Malaya. 1: 19–40.
  8. ^ Sharifah Nooraida Wan Hasan (2001). Hak-Hak Wanita Mualaf Dalam Penjagaan Anak (Hadanah) Menurut Ordinan Undang-Undang Keluarga Islam (Sarawak) (Tesis).
  9. ^ Sharifah Nooraida Wan Hasan (2015). Pengajaran Pendidikan Hak Wanita Islam di Institut Pendidikan Guru di Malaysia (Tesis).

Lihat jugasunting

Rujukansunting

  • Roget’s II: The New Thesaurus, (Boston: Houghton Mifflin, edisi ketiga 2003) ISBN 0-618-25414-55
  • McWhorter, John. 'The Uses of Ugliness', The New Republic Online, 31 Januari 2002. Dicapai pada 1 Mei 2005
  • McWhorter, John. Authentically Black: Essays for the Black Silent Majority (New York: Gotham, 2003) ISBN 1-59240-001-9

Pautan luarsunting

🔥 Top keywords: Nuzul QuranKhunsa (siri TV)Laman UtamaLelaki ItuWanita SyurgaTakdir Itu Milik AkuKhas:CariManatiNabi Musa a.s.AsertifAdiraBrazilPeristiwa Kampung MedanUnited KingdomSenarai Surah Al-QuranMuhamad Akmal SalehMohd Safee Mohd SaliMalaysiaSejarah al-QuranProjek: High CouncilRita RudainiLailatulqadarPerang BadarPuasa (Islam)Khas:Perubahan terkiniPerang PadriInna lillahi wa inna ilaihi raji'unAngeline TanPeribahasa MelayuDugongSarimah IbrahimKelayakan Piala Dunia FIFA 2026 (AFC)Mandi wajibHari Raya AidilfitriPolitik balas budiRamadanFarah AhmadYang di-Pertuan AgongSenarai peribahasa (A–M)Nabi Muhammad SAWMedia sosialSurah Al-AlaqRukun IslamMantra (filem)Elizabeth TanSenarai negara mengikut keluasanSurah al-FatihahKelayakan Piala Dunia FIFA 2026 – AFC Pusingan KeduaEmpayar Rom SuciPerempuan Itu (drama)Mohd Aidil Zafuan Abdul RadzakKarim BenzemaNadia AqilahPerbadanan Tabung Pendidikan Tinggi NasionalJuzDe FamStray KidsPeristiwa 13 MeiPerang Dunia PertamaSultan Ibrahim ibni Sultan IskandarPlat pendaftaran kenderaan MalaysiaAdnan Abu Hassan (ahli politik)Gereja KatolikSultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah ShahSaifuddin Nasution IsmailRaja AzuraPrivate BodyguardSiti Khadijah HalimKhunsaLondonKobe Jae ChongRuhainiesMalang Si PuteriPenjodoh bilangan bahasa MelayuAmir AhnafSenarai saluran AstroAmerika SyarikatShahrulezad MohameddinPasukan bola sepak kebangsaan MalaysiaXXX: Return of Xander CageMahathir MohamadKesultanan Melayu MelakaAnwar IbrahimHannah DelishaNasi tangasNadhir NasarMierul AimanSijil Tinggi Agama MalaysiaSurah al-AlaqSarawakAliff AzizKadet Remaja Sekolah MalaysiaSolat tarawihRiena DianaKerajaan TarumanagaraSenarai lagu yang bertemakan Hari RayaSiti NurhalizaAsbab al-nuzulSolat