Nur Farah Idayu binti Yaakob

Nur Farah Idayu binti Yaakob atau lebih dikenali sebagai Idayu (lahir 17 Februari 1985) merupakan pelajar Akademi Fantasia Musim 3. Beliau berasal dari Kota Bharu, Kelantan. Beliau tersingkir pada minggu ke-empat ketika mendendangkan lagu Tiada Lagi Tangisan nyanyian asal Misha Omar dan dinyanyikan semula oleh Aishah.

Idayu AF3
Nama lahirNur Farah Idayu binti Yaakob
Berasal dariMalaysia Kota Bharu, Kelantan, Malaysia
GenrePop, Irama Malaysia, Balada, Rock
PekerjaanPenyanyi
Tahun aktif2005–kini
Syarikat rakaman
Maestro
Seventeen Eleven Music

Pada tahun 2017, netizen menyaksikan kemunculan semula (comeback) beliau yang akhirnya menjuarai rancangan Akademi Fantasia Megastar yang turut disertai oleh alumni (bekas) pelajar AF yang lepas.

Vokalsunting

Idayu dikatakan mempunyai vokal yang mantap. Beliau mampu menyanyi menggunakan teknik bersiul atau lebih dikenali dengan 'whistle register'. Vokal Idayu mampu mencapai nota-nota yang berada pada 7 oktaf. Beliau juga mempunyai julat suara yang besar dan berlingkungan 5 oktaf. Nota tertinggi yang pernah dicapainya menerusi lagu Kasih Yang Terpisah iaitu C#7. Idayu mendapat bimbingan vokal daripada ibunya sejak kecil. Beliau sering mempraktikkan teknik latihan vokal seperti bubbling dan sebagainya selama beberapa jam setiap hari.


Profil Vokalsunting

  • Jenis suara : Piccolo Coloratura Soprano
  • Nota Rendah : G2
  • Nota Tinggi : C#7
  • Julat Suara : 4 octaves, 3 tones (claimed by the singer on May 2nd 2020)

Penglibatan dalam Akademi Fantasiasunting

Idayu diterima masuk untuk Akademi Fantasia musim ke-tiga dan beliau adalah salah seorang daripada dua belas calon pelajar yang terpilih untuk memasuki Akademi Fantasia setelah bersaing dalam konsert prelud bagi kelayakan tersebut. Idayu telah tersingkir di minggu keempat lantas memberikan kejutan yang sama seperti tersingkirnya Rosma ketika musim pertama disebabkan mutu suaranya yang tidak mendapat undian penonton.

Di dalam akademi, Idayu dianggap sebagai pelajar yang dihormati oleh pelajar perempuan yang lain disebabkan ketegasannya. Ketegasan dan kelantangan dalam menyuarakan pendapat menjadikan beliau sering dianggap bermasalah dengan rakannya yang lain.

Lagu-lagu di Akademi Fantasiasunting

Berikut adalah lagu-lagu yang didendangkan oleh Idayu sewaktu penglibatannya di Akademi Fantasia, serta dinyanyikan beliau ketika konsert prelud dan konsert mingguan AF yang seterusnya:

  • Konsert Prelud : I Have Nothing - nyanyian asal oleh Whitney Houston
  • Konsert Pertama : Percayalah - nyanyian asal oleh Siti Nurhaliza
  • Konsert Kedua : Superstar - nyanyian asal oleh Jamelia
  • Konsert Ketiga : Curiga - nyanyian asal oleh Ning Baizura
  • Konsert Keempat : Tiada Lagi Tangisan - nyanyian asal oleh Misha Omar dan Aishah
  • Konsert Reunion : Seindah Biasa - nyanyian asal oleh Siti Nurhaliza

PENGLIBATAN DALAM Akademi Fantasia Megastar 2017

Pada tahun 2017, Idayu mengikuti AF Mega Star yang membariskan peserta-peserta daripada AF1 sehingga AF2016.

Seramai 12 orang penyanyi keluaran AF telah dipilih menjadi peserta AF Megastar 2017 setelah proses pemilihan selama 2 minggu dibuat. Proses pemilihan ini dibuat dalam 2 konsert berasingan iaitu Konsert AF Homecoming Bahagian 1(Minggu 1) dan Bahagian 2 (Minggu 2).

Antara 24 penyanyi keluaran AF yang turut bersaing untuk merebut tempat menjadi 12 orang peserta AF Mega Star ialah;

  1. Rosmayati Sidik (Rosma AF1)
  2. Ahmad Zahid Baharuddin (Zahid AF2)
  3. Adam (penyanyi) (Adam AF2)
  4. Yusrizan Usop (Bob AF2)
  5. Anding Indrawani Zaini (Anding AF2)
  6. Amylea Azizan (Amylea AF3)
  7. Marsha Milan Londoh (Marsha AF3)
  8. Nur Farah Idayu binti Yaakob (Idayu AF3)
  9. Mohammad Faizal bin Ramly (Faizal AF4)
  10. Mila Jirin (Mila AF5)
  11. Ahmad Nubhan Ahamad (Nubhan AF6)
  12. Aril (penyanyi) (Aril AF7)
  13. Shahir Zawawi (Shahir AF8)
  14. Siti Adira Suhaimi (Adira AF8)
  15. Amir Jahari (Amir AF9)
  16. Mohd Faizul Sany (Faizul AF2013)
  17. Siti Ruhailah Hussein (Indah) (Indah AF 2013)
  18. Mohd Azhar Osman (Azhar AF2013)
  19. Mhd Firman Bansir (Firman AF2014)
  20. Ewal Ismail (Ewal AF2014)
  21. Sufie Rashid(Sufi AF2015)
  22. Syamel (Syamel AF2015)
  23. Amir Syazwan Masdi (Amir Af2016)
  24. Ara Johari (Ara AF2016)

Akhirnya, 12 penyanyi yang terpilih menjadi peserta AF Mega Star 2017 adalah Idayu sendiri, Bob, Marsha, Syamel, Shahir, Indah, Adira, Amir Jahari, Amir Masdi, Ewal, Sufi, dan Azhar.

Berikut adalah lagu-lagu yang didendangkan oleh Idayu sewaktu penglibatannya di Akademi Fantasia Mega Star 2017:


Idayu memenangi gelaran Juara AF Megastar pada 22 Oktober 2017 dengan membawa pulang hadiah bernilai RM 100, 000.00, trofi dan percutian 10 hari 7 malam ke Turki.

Diskografisunting

  • Aspirasi

Single

  • Kasih Yang Terpisah
  • Aku Tak Lupa
  • Paluan Rindumu
  • Aku Mau
  • Selamanya (2017)

Filemografisunting

TahunTajukPerananSaluran TVCatatan
2022-2023The Masked Singer Malaysia Musim 3PesertaAstro WarnaSebagai Mawar Berduri

Triviasunting

  • Idayu menggantikan Siti Nurhaliza ketika Konsert Pra Anugerah Era dengan mendendangkan lagu Biarlah Rahsia.
  • Idayu merupakan penyanyi Malaysia yang mampu mengalunkan nota-nota yang berada pada oktaf ketujuh selain Nikki.
  • Keluarga Idayu pernah dirompak ketika Idayu berada di dalam Akademi Fantasia 3.
  • Minuman kegemarannya; air suam dan karot susu.
  • Idayu sangat meminati Mariah Carey.


Whistle register, Nada Tinggi dan Soprano Operasunting

🔥 Top keywords: Nuzul QuranKhunsa (siri TV)Laman UtamaLelaki ItuWanita SyurgaTakdir Itu Milik AkuKhas:CariManatiNabi Musa a.s.AsertifAdiraBrazilPeristiwa Kampung MedanUnited KingdomSenarai Surah Al-QuranMuhamad Akmal SalehMohd Safee Mohd SaliMalaysiaSejarah al-QuranProjek: High CouncilRita RudainiLailatulqadarPerang BadarPuasa (Islam)Khas:Perubahan terkiniPerang PadriInna lillahi wa inna ilaihi raji'unAngeline TanPeribahasa MelayuDugongSarimah IbrahimKelayakan Piala Dunia FIFA 2026 (AFC)Mandi wajibHari Raya AidilfitriPolitik balas budiRamadanFarah AhmadYang di-Pertuan AgongSenarai peribahasa (A–M)Nabi Muhammad SAWMedia sosialSurah Al-AlaqRukun IslamMantra (filem)Elizabeth TanSenarai negara mengikut keluasanSurah al-FatihahKelayakan Piala Dunia FIFA 2026 – AFC Pusingan KeduaEmpayar Rom SuciPerempuan Itu (drama)Mohd Aidil Zafuan Abdul RadzakKarim BenzemaNadia AqilahPerbadanan Tabung Pendidikan Tinggi NasionalJuzDe FamStray KidsPeristiwa 13 MeiPerang Dunia PertamaSultan Ibrahim ibni Sultan IskandarPlat pendaftaran kenderaan MalaysiaAdnan Abu Hassan (ahli politik)Gereja KatolikSultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah ShahSaifuddin Nasution IsmailRaja AzuraPrivate BodyguardSiti Khadijah HalimKhunsaLondonKobe Jae ChongRuhainiesMalang Si PuteriPenjodoh bilangan bahasa MelayuAmir AhnafSenarai saluran AstroAmerika SyarikatShahrulezad MohameddinPasukan bola sepak kebangsaan MalaysiaXXX: Return of Xander CageMahathir MohamadKesultanan Melayu MelakaAnwar IbrahimHannah DelishaNasi tangasNadhir NasarMierul AimanSijil Tinggi Agama MalaysiaSurah al-AlaqSarawakAliff AzizKadet Remaja Sekolah MalaysiaSolat tarawihRiena DianaKerajaan TarumanagaraSenarai lagu yang bertemakan Hari RayaSiti NurhalizaAsbab al-nuzulSolat