Jaguar

Jaguar (nama saintifik: Panthera onca)[2] ialah sejenis kucing besar yang tergolong dalam genus Panthera, ia satu-satunya spesies Panthera yang berasal dari benua Amerika. Jaguar ialah kucing liar ketiga terbesar selepas harimau dan singa, dan juga kucing yang terbesar dan terkuat di Hemisfera Barat. Taburan jaguar meliputi kawasan dari Mexico di utara, merentasi Amerika Tengah hingga ke Paraguay dan Argentina utara di selatan. Melainkan di sebahagian negeri Arizona (tenggara Tucson), spesies jaguar telah menjadi pupus di Amerika Syarikat sejak awal 1900-an.

Jaguar
Jaguar jantan
Jaguar betina
Brazil
CITES Appendix I (CITES)[1]
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Kelas:
Order:
Keluarga:
Genus:
Spesies:
P. onca
Nama binomial
Panthera onca
Linnaeus, 1758
Taburan Jaguar.

Jaguar ialah sejenis spesies hampir terancam yang semakin berkurangan bilangannya akibat kehilangan dan fragmentasi habitat. Sungguhpun larangan undang-undang dikenakan terhadap perdagangan jaguar atau anggota badannya di peringkat antarabangsa, namun nyawa kucing besar ini masih diancam oleh manusia, khususnya ketika berdepan dengan peladang dan penternak di Amerika Selatan. Meskipun begitu, taburan jaguar masih tetap meluas. Disebabkan wujud begitu lama dalam sejarah, jaguar banyak menjadi bahan utama dalam mitos kebudayaan peribumi benua Amerika, termasuk tamadun-tamadun Maya dan Aztek.

Sifat fizikalsunting

Jaguar kucing liar asli benua Amerika paling besar dan kucing liar ketiga terbesar di dunia selepas harimau dan singa.[3][4][5] Ia berdiri dengan ukuran tinggi 68 hingga 75 cm (26.8 hingga 29.5 in) dari bahu sampai ke kaki-kakinya.[6] Badan jaguar sangat berotot.

Badan jaguar bertompok seperti harimau bintang, tetapi tompok jaguar lebih besar dan gelap membentuk seperti bunga dengan bintik kecil di tengahnya.[7] Badan jaguar juga kurang bertompok berbanding dengan badan harimau kumbang, tompok-tompok di kepala, tengkuk dan ekornya hanya berwarna tunggal.[3] Badan jaguar pun lebih besar dan teguh daripada badan harimau bintang, manakala sifat-sifat tabii dan habitatnya lebih menyerupai harimau belang.[7]

Tabiatsunting

Biarpun lebih gemar hidup dalam kawasan hutan hujan, namun jaguar juga boleh hidup dalam berbagai-bagai jenis kawasan berhutan dan terbuka. Selain itu, habitatnya mesti ada punca air.

Jaguar pandai berenang seperti harimau belang.

Pemakanansunting

Jaguar merupakan pemangsa hendap yang biasanya memburu secara bersendirian dan memilih mangsanya mengikut peluang, dan juga pemangsa puncak dan batu kunci, yang memainkan peranan penting dalam menstabilkan ekosistem dan mengawal bilangan spesies mangsanya. Gigitan jaguar teramat kuat sekali, berbanding kucing-kucing besar yang lain,[8] sehingga boleh menusuk cangkerang kura-kura[9] serta menggunakan cara pembunuhan yang tersendiri, iaitu menggigit telinga mangsa sampai menusuk tengkorak dan otaknya.[10]

Rujukansunting

  1. ^ a b Quigley, H.; Foster, R.; Petracca, L.; Payan, E.; Salom, R.; Harmsen, B. (2017). "Panthera onca". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN. 2017: e.T15953A123791436. doi:10.2305/IUCN.UK.2017-3.RLTS.T15953A50658693.en. Dicapai pada 7 Oktober 2023. Unknown parameter |errata= ignored (bantuan){{cite iucn}}: error: |doi= / |page= mismatch (help)
  2. ^ Wozencraft, W. C. (2005). "Order Carnivora". Dalam Wilson, D. E.; Reeder, D. M (penyunting). Mammal Species of the World (ed. 3rd). Johns Hopkins University Press. m/s. 546–547. ISBN 978-0-8018-8221-0. OCLC 62265494.CS1 maint: ref=harv (link)
  3. ^ a b Seymour, K. L. (1989). "Panthera onca" (PDF). Mammalian Species (340): 1–9. doi:10.2307/3504096. JSTOR 3504096. S2CID 253932256 Check |s2cid= value (bantuan). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 20 June 2010.
  4. ^ Hayward, M. W.; Kamler, J. F.; Montgomery, R. A. & Newlove, A. (2016). "Prey Preferences of the Jaguar Panthera onca Reflect the Post-Pleistocene Demise of Large Prey". Frontiers in Ecology and Evolution. 3: 148. doi:10.3389/fevo.2015.00148.
  5. ^ Hope, M. K. & Deem, S. L. (2006). "Retrospective Study of Morbidity and Mortality of Captive Jaguars (Panthera onca) in North America: 1982–2002" (PDF). Zoo Biology. 25 (6): 501–512. doi:10.1002/zoo.20112. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 9 September 2018. Dicapai pada 12 September 2018.
  6. ^ Rich, M.S. (1976). "The jaguar". Zoonoz. Jil. 49 no. 9. m/s. 14–17.
  7. ^ a b Gonyea, W.J. (1976). "Adaptive differences in the body proportions of large felids". Acta Anatomica. 96 (1): 81–96. doi:10.1159/000144663. PMID 973541.
  8. ^ Wroe, Stephen; McHenry, Colin; Thomason, Jeffrey (2006). "Bite club: comparative bite force in big biting mammals and the prediction of predatory behavior in fossil taxa" (PDF). Proceedings of the Royal Society B. Royal Society. 272 (1563): 619–625. doi:10.1098/rspb.2004.2986. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 3 Julai 2005. Dicapai pada 7 Ogos 2006.
  9. ^ Hamdig, Paul. "Sympatric Jaguar and Puma". Ecology Online Sweden via archive.org. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-02-01. Dicapai pada 2009-03-19.CS1 maint: bot: original URL status unknown (link)
  10. ^ Rosa CL de la and Nocke, 2000. A guide to the carnivores of Central America: natural history, ecology, and conservation. The University of Texas Press. ISBN 978-0-292-71604-9

Pautan luarsunting

🔥 Top keywords: Nuzul QuranKhunsa (siri TV)Laman UtamaLelaki ItuWanita SyurgaTakdir Itu Milik AkuKhas:CariManatiNabi Musa a.s.AsertifAdiraBrazilPeristiwa Kampung MedanUnited KingdomSenarai Surah Al-QuranMuhamad Akmal SalehMohd Safee Mohd SaliMalaysiaSejarah al-QuranProjek: High CouncilRita RudainiLailatulqadarPerang BadarPuasa (Islam)Khas:Perubahan terkiniPerang PadriInna lillahi wa inna ilaihi raji'unAngeline TanPeribahasa MelayuDugongSarimah IbrahimKelayakan Piala Dunia FIFA 2026 (AFC)Mandi wajibHari Raya AidilfitriPolitik balas budiRamadanFarah AhmadYang di-Pertuan AgongSenarai peribahasa (A–M)Nabi Muhammad SAWMedia sosialSurah Al-AlaqRukun IslamMantra (filem)Elizabeth TanSenarai negara mengikut keluasanSurah al-FatihahKelayakan Piala Dunia FIFA 2026 – AFC Pusingan KeduaEmpayar Rom SuciPerempuan Itu (drama)Mohd Aidil Zafuan Abdul RadzakKarim BenzemaNadia AqilahPerbadanan Tabung Pendidikan Tinggi NasionalJuzDe FamStray KidsPeristiwa 13 MeiPerang Dunia PertamaSultan Ibrahim ibni Sultan IskandarPlat pendaftaran kenderaan MalaysiaAdnan Abu Hassan (ahli politik)Gereja KatolikSultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah ShahSaifuddin Nasution IsmailRaja AzuraPrivate BodyguardSiti Khadijah HalimKhunsaLondonKobe Jae ChongRuhainiesMalang Si PuteriPenjodoh bilangan bahasa MelayuAmir AhnafSenarai saluran AstroAmerika SyarikatShahrulezad MohameddinPasukan bola sepak kebangsaan MalaysiaXXX: Return of Xander CageMahathir MohamadKesultanan Melayu MelakaAnwar IbrahimHannah DelishaNasi tangasNadhir NasarMierul AimanSijil Tinggi Agama MalaysiaSurah al-AlaqSarawakAliff AzizKadet Remaja Sekolah MalaysiaSolat tarawihRiena DianaKerajaan TarumanagaraSenarai lagu yang bertemakan Hari RayaSiti NurhalizaAsbab al-nuzulSolat