Darjah Khas Agama Johor

Sukatan pendidikan Islam di Johor, Malaysia

Darjah Khas Agama Johor adalah lanjutan program pembelajaran di Sekolah Agama Kerajaan Johor. Darjah Khas Agama Negeri Johor adalah Institusi Pendidikan Agama Johor yang telah berjalan secara formal sejak tahun 1923. Berdasarkan kepada Falsafah Pendidikan Agama Johor ia diwujudkan untuk memberi pengetahuan Agama Islam kepada pelajar-pelajar serta kerjaya yang setaraf dengannya, disamping berperanan untuk melahirkan pelajar-pelajar yang kuat imannya, kuat ibadatnya, kuat berpegang kepada cara hidup Islam dan kuat ketakwaannya ke arah mencapai kebaikan di dunia dan kesejahteraan abadi di akhirat.

Pengajian peringkat Darjah Khas Agama di Johor disediakan kepada lulusan Sijil Darjah Enam Agama (SDEA). Ia adalah saluran untuk memberikan pendidikan agama lanjutan yang secukupnya kepada golongan remaja Islam menjelang pencapaian usia baligh. Bahasa pengantar yang diguankan ialah Bahasa Melayu agar mudah difahami. Pengajian Darjah Khas ini disediakan kepada murid-murid Sekolah Menengah Kebangsaan yang memilih untuk meneruskan pembelajarannya ke tingkatan satu di sekolah-sekolah menengah harian di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia. Ia adalah pelengkap kepada program pendidikan agama di peringkat menengah yang disediakan oleh kerajaan negeri Johor.

Objektifsunting

  • Memberi kefahaman yang lebih luas tentang Islam agar pelajar dapat menyempurnakan peranannya sebagai hamba dan Khalifah Allah di bumi.
  • Memupuk kekuatan diri dan daya juang yang tinggi menerusi pendidikan dan pembinaan iman yang mantap
  • Melahirkan golongan muslim mukmin yang sepadu dan seimbang antara akalnya, rohaninya, jasmaninya, dan emosinya bagi mencapai kebaikan di dunia dan di akhirat
  • Membentuk generasi pelanjut umat yang berkualiti dan sentiasa bersyukur kepada Allah.

Kemasukan Pelajarsunting

  • Urusan pendaftaran masuk bagi pelajar-pelajar baru hendaklah dibuat pada bulan Februari dua minggu setelah keputusan rasmi Peperiksaan Sijil Darjah Enam Agama (SDEA) negeri Johor diumumkan.
  • Pelajar yang ingin mengulang belajar di Darjah Khas Agama Negeri Johor, hendaklah mendaftar tidak lewat dua minggu setelah keputusan rasmi Peperiksaan Sijil Darjah Khas Agama (SDKA) Negeri Johor diumumkan.
  • Setiap pendaftaran hendaklah menggunakan Borang Permohonan Kemasukan ke Darjah Khas Negeri Johor (BPJAJ/DK). Borang permohonan kemasukan ke Darjah Khas Agama boleh didapati di Pejabat Pendidikan Agama Daerah atau di Sekolah-sekolah Agama yang ada peperiksaan darjah enam. Hanya borang yang lengkap diisi dan telah disahkan oleh Guru Besar, layak diproses pendaftarannya. Borang kemasukan ke Darjah Khas hendaklah diserahkan semasa hari pendaftaran di sekolah-sekolah Agama yang menawarkan Darjah Khas dengan membawa dokumen asal dan disertakan salinan dokumen yang telah disahkan:
  • Slip keputusan Peperiksaan SDEA atau Penyata kemajuan murid,
  • Sijil Berhenti Sekolah Agama
  • Kad pengenalan atau sijil kelahiran .

Kelayakansunting

  • Warganegara Malaysia. Bukan warganegara yang boleh dipertimbangkan.
  • Lulus Peperiksaan Sijil Darjah Enam Agama (SDEA) dengan pencapaian markah sekurang-kurangnya 50% sebelum 2005
  • Lulus enam (6) matapelajaran termasuk tiga (3) matapelajaran Teras mulai tahun 2005

atau

  • Kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya

Bagi calon yang tidak memenuhi syarat di atas, maka disyaratkan calon tersebut berumur sekurang-kurangnya genap 20 tahun pada tarikh tutup pendaftaran dan lulus ujian kelayakan atau berpengalaman mengajar di Sekolah Agama Kerajaan Johor selama sekurang-kurangnya genap 2 tahun.

Tempoh Pengajiansunting

  • Tempoh pengajian selama setahun (Bulan Februari - November).
  • Jumlah pertemuan maksimum pada setiap bulan hanya empat kali sahaja dan sekiranya terdapat lima minggu dalam sebulan, maka minggu pertama adalah cuti.

Struktur Pembelajaransunting

  • Hari persekolahan 1 hari seminggu
  • Masa pembelajaran daripada 8.00 pagi - 1.00 tengah hari
  • Jam pertemuan lima jam sehari
  • Tempoh pembelajaran : 1 tahun
  • Pengajaran dan pembelajaran diadakan di sekolah-sekolah agama pilihan
  • Jumlah murid setiap darjah antara 35 - 40 orang
  • Bahasa pengantar ialah Bahasa Melayu kecuali matapelajaran Bahasa Arab

Kurikulumsunting

Kurikulum Darjah Khas hanya menekankan aspek pendidikan agama. Ia adalah lanjutan kepada kurikulum Sekolah Rendah Agama. Bersesuaian dengan peningkatan usia pelajar, beberapa bidang pembelajaran baru telah ditambah bagi memantapkan lagi pendidikan agama di Peringkat Darjah Khas.

Ko-Kurikulumsunting

  • Mengadakan sambutan hari-hari kebesaran Islam
  • Mengadakan program kebudayaan dan kesenian Islam
  • Khidmat masyarakat
  • Ujian Tilawah Al-Quran dan pertandingan pidato

Pendaftaran dan Yuransunting

  • Tempat pendaftaran di sekolah-sekolah yang telah ditetapkan
  • Pendaftaran masuk adalah percuma.
  • Yuran peperiksaan RM 30.00
  • Lain-lain bayaran tertakluk kepada keperluan sekolah

Peperiksaan dan pensijilansunting

Perkara ini adalah merujuk kepada Peraturan Am Peperiksaan Sijil Darjah Khas Agama Negeri Johor (Disediakan oleh Unit Peperiksaan Sekolah Agama, Sektor Pengurusan Akademik, Bahagian Pendidikan, Jabatan Agama Johor)

Subjeksunting

KomponenNama kertasKod kertasBentuk ujian
Teras
Al-Quran
DK 101
Lisan
Tauhid
DK 102
Bertulis
Ibadat
DK 103
Bertulis
Wajib
Hadith dan Mustolah Hadis
DK 204
Bertulis
Mu'amalat
DK 205
Bertulis
Munakahat
DK 206
Bertulis
Jenayat
DK 207
Bertulis
Bahasa Arab
DK 208
Bertulis
Faraid
DK 209
Bertulis
Elektif
Tafsir
DK 310
Bertulis
Sirah
DK 311
Bertulis
Akhlak
DK 312
Bertulis

Pakaiansunting

Pelajar Lelakisunting

  • Bersongkok hitam/biru kehitaman
  • Baju kemeja putih lengan panjang
  • Berseluar panjang berwarna coklat tua dan bertali pinggang hitam.
  • Berstokin hitam.
  • Berkasut hitam

Pelajar Perempuansunting

  • Bertudung putih (mini telekung) berbentuk bulat dan labuh melebihi paras bawah dada.
  • Berbaju kurung teluk belanga berwarna putih.
  • Berkain sarong warna coklat tua dan berkain dalam.
  • Berstokin hitam/putih
  • Berkasut hitam/putih
  • Anak tudung hitam/putih

Kapasitisunting

  • Bagi sekolah-sekolah kawasan bandar dan pinggir bandar, jumlah pelajar dalam satu kelas adalah antara 30 - 40 orang.
  • Bagi sekolah-sekolah luar bandar, jumlah pelajar dalam satu kelas adalah antara 20 - 40 orang.
  • Jika jumlah pelajar kurang dari jumlah yang ditetapkan, pihak sekolah hendaklah memohon kebenaran khas kepada Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan, Jabatan Agama Johor melalui Pegawai Pendidikan Islam Daerah (PPID).

Hala tuju Darjah Khassunting

Melanjutkan ke Sekolah-sekolah Menengah Agama Kerajaan Negeri di bawah Jabatan Agama Johor dan seterusnya menduduki peperiksaan Sijil Menengah Agama (SMA) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM).

Lihat Jugasunting

Sekolah Agama Kerajaan Johor

Pautan luarsunting

🔥 Top keywords: Nuzul QuranKhunsa (siri TV)Laman UtamaLelaki ItuWanita SyurgaTakdir Itu Milik AkuKhas:CariManatiNabi Musa a.s.AsertifAdiraBrazilPeristiwa Kampung MedanUnited KingdomSenarai Surah Al-QuranMuhamad Akmal SalehMohd Safee Mohd SaliMalaysiaSejarah al-QuranProjek: High CouncilRita RudainiLailatulqadarPerang BadarPuasa (Islam)Khas:Perubahan terkiniPerang PadriInna lillahi wa inna ilaihi raji'unAngeline TanPeribahasa MelayuDugongSarimah IbrahimKelayakan Piala Dunia FIFA 2026 (AFC)Mandi wajibHari Raya AidilfitriPolitik balas budiRamadanFarah AhmadYang di-Pertuan AgongSenarai peribahasa (A–M)Nabi Muhammad SAWMedia sosialSurah Al-AlaqRukun IslamMantra (filem)Elizabeth TanSenarai negara mengikut keluasanSurah al-FatihahKelayakan Piala Dunia FIFA 2026 – AFC Pusingan KeduaEmpayar Rom SuciPerempuan Itu (drama)Mohd Aidil Zafuan Abdul RadzakKarim BenzemaNadia AqilahPerbadanan Tabung Pendidikan Tinggi NasionalJuzDe FamStray KidsPeristiwa 13 MeiPerang Dunia PertamaSultan Ibrahim ibni Sultan IskandarPlat pendaftaran kenderaan MalaysiaAdnan Abu Hassan (ahli politik)Gereja KatolikSultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah ShahSaifuddin Nasution IsmailRaja AzuraPrivate BodyguardSiti Khadijah HalimKhunsaLondonKobe Jae ChongRuhainiesMalang Si PuteriPenjodoh bilangan bahasa MelayuAmir AhnafSenarai saluran AstroAmerika SyarikatShahrulezad MohameddinPasukan bola sepak kebangsaan MalaysiaXXX: Return of Xander CageMahathir MohamadKesultanan Melayu MelakaAnwar IbrahimHannah DelishaNasi tangasNadhir NasarMierul AimanSijil Tinggi Agama MalaysiaSurah al-AlaqSarawakAliff AzizKadet Remaja Sekolah MalaysiaSolat tarawihRiena DianaKerajaan TarumanagaraSenarai lagu yang bertemakan Hari RayaSiti NurhalizaAsbab al-nuzulSolat