Daerah Sebuyau

Daerah Kecil di Sarawak, Malaysia

(Dilencongkan dari Daerah Kecil Sebuyau)

Daerah Sebuyau ialah sebuah daerah di negeri Sarawak Bumi Kenyalang, Malaysia.[1][2] Daerah ini adalah sebahagian daripada Bahagian Samarahan yang merangkumi Samarahan, Simunjan, Sebuyau, Sadong Jaya dan Asajaya.[2] Pekan pentadbiran bagi daerah ini ialah Pekan Sebuyau. Sebuyau dahulu merupakan daerah kecil yang terletak dalam pentadbiran Daerah Simunjan.[3]

Daerah Kecil Sebuyau
Ralat Lua pada baris 425 di Modul:Location_map: No value was provided for longitude.
Koordinat: 1°31′30″N 110°55′45″E / 1.52500°N 110.92917°E / 1.52500; 110.92917Koordinat: 1°31′30″N 110°55′45″E / 1.52500°N 110.92917°E / 1.52500; 110.92917
Negara Malaysia
Negeri Sarawak
BahagianBahagian Samarahan
Kerajaan
 • Pihak berkuasa tempatanPejabat Daerah Sebuyau
Keluasan
 • Jumlah625.07 km2 (241.34 batu persegi)
Penduduk
 (2010)
 • Jumlah14,275
 • Kepadatan23/km2 (59/batu persegi)
Zon waktuUTC+8 (MST)

Etimologisunting

Daerah Sebuyau mendapat namanya daripada perkataan "buyo" yang berasal dari Bahasa Melanau jika diterjemahkan secara harfiah bermaksud "ketam". Pada ketika dahulu, terdapat banyak hidupan ketam di kawasan Sebuyau.[3]

Geografisunting

Daerah Sebuyau terletak di kawasan persisiran pantai.[3] Hampir semua pekan di bawah seliaan Daerah Kecil Sebuyau terletak di kawasan persisiran. Ia bersempadan dengan Daerah Kecil Lingga di tenggara, Isu dan Pantu di selatan, Daerah Simunjan di barat daya dan Asajaya dan Sebangan di barat. Daerah ini juga berhadapan dengan Laut China Selatan di utaranya. Daerah Sebuyau memiliki keluasan sebanyak lebih kurang 625.07 kilometer persegi.[3] Antara ciri-ciri pandang barat fizikal yang terdapat di sini ialah Batang Lupar, Batang Sadong serta Sungai Sebuyau.[2]

Demografisunting

Berdasarkan, bancian Malaysia 2010 jumlah penduduk di Daerah Kecil Sebuyau ialah seramai 14,275 orang.[4] Kebanyakannya Penduduk di Daerah Kecil Sebuyau beretnik Melayu, dengan jumlah 8,489 orang, kemudian diikuti dengan etnik Iban (5,164 orang), Cina (381 orang), Bumiputera Lain (69 orang), Bidayuh (62 orang), Melanau(44 orang) dan paling sedikit ialah penduduk beretnik India lima orang.[4]

Jumlah penduduk mengikut etnik pada tahun 2010.[4]
No.KategoriJumlah (orang)EtnikJumlah (orang)
1Warganegara Malaysia14,235Melayu8,489
2Iban5,164
3Bidayuh62
4Melanau44
5Bumiputera Lain69
6Cina381
7India5
8Lain-lain21
9Bukan warganegara40Tiada data40

Pentadbiransunting

Daerah Sebuyau secara keseluruhannya ditadbirkan oleh Pejabat Daerah Sebuyau. Antara pekan penting dalam pentadbiran kawasan ini ialah Pekan Sebuyau, Sebangan serta Tebelu.[3] Ia juga dipecahkan kepada 78 buah kampung yang dimana setiap kampung mempunyai seorang ketua kaum (ketua kampung, kapitan Cina, tuai rumah).[3] Antara kampung yang dibawah Daerah Sebuyau ialah Kampung Plaie Atas, Kampung Plaie Baroh, Kampung Raba, Kampung Selangking, Kampung Lunying , Kampung Sagu, Kampung Arus Melayu, Kampung Seruyuk, Kampung Tungkah Dayak, Kampung Tungkah Melayu, Kampung Bulan, Kampung Bulan Baru, Sungai Rama, Kampung Nap, Bajong Tengah, Bajong Hulu, Entanggor, Stika, Bajong, Bajong Hilir dan lain-lain lagi.[3][5] Daerah Sebuyau dipimpin oleh seorang Pegawai Tadbir Sarawak (SAO); pemegang jawatan terkini ialah Ajis Ahmad.[6]

Kemudahansunting

Jalan Raya menuju ke Pekan Sebuyau.

Daerah Sebuyau mempunyai kemudahan awam berbagai. Ia memiliki sebuah sekolah menengah, Sekolah Menengah Kebangsaan Sebuyau, 16 buah sekolah rendah dan dua buah sekolah jenis kebangsaan.[7] Kemudahan jalan raya sangatlah bak di Sebuyau, ia menghubungkan seluruh bandar utama di Sarawak. Perkhidmatan feri terletak di Kampung Teriso.[3]

Rujukansunting

  1. ^ "Toponymic Guidelines for Map and Other Editors for International Use" [Dokumen Toponimi Bagi Editor Peta Dan Lain-Lain Untuk Kegunaan Antarabangsa] (PDF) (dalam bahasa Inggeris). Malaysia: Jawatankuasa Kebangsaan Nama Geografi. 2017. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 2021-05-23. Dicapai pada 22 Mei 2021.
  2. ^ a b c M. Mohizah, S. Julia and W. K. Soh (2006). A Sarawak Gazetteer [Gazetir Sarawak] (PDF). Jabatan Hutan Sarawak dan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia. ISBN 983-2181-86-0. OCLC 85818866. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 27 Julai 2011. Dicapai pada 18 Mei 2021.
  3. ^ a b c d e f g h "Profail Daerah Kecil Sebuyau, Bahagian Samarahan, Sarawak, Malaysia". samarahan.sarawak.gov.my. Pentadbiran Bahagian Samarahan. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-01-27. Dicapai pada 28 Mei 2021.
  4. ^ a b c "Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010, Jadual Mukim Sarawak" (PDF). statistics.gov.my (dalam bahasa Inggeris). Jabatan Perangkaan Malaysia. 2010. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 2012-02-27. Dicapai pada 10 Disember 2014.
  5. ^ Jawatankuasa Nama Geografi Kebangsaan Malaysia (2015). "Gazetir Negeri Sarawak" (PDF). mygeoname.mygeoportal.gov.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-08-23. Dicapai pada 30 Mei 2021.
  6. ^ "Sebuyau destinasi pertama kembara Utusan Borneo dan Borneo Post". Utusan Borneo Sarawak. 1 Mac 2019. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-07-13. Dicapai pada 2 Mac 2020 – melalui PressReader.
  7. ^ Kementerian Pendidikan Malaysia (10 Julai 2020). "Senarai Sekolah Rendah dan Menengah di Malaysia". moe.gov.my. Diarkibkan daripada yang asal (XLXS) pada 10 Februari 2021.CS1 maint: date and year (link) (Data sekolah pada 30 Jun 2020)

Lihat jugasunting

Pautan luarsunting

🔥 Top keywords: Nuzul QuranKhunsa (siri TV)Laman UtamaLelaki ItuWanita SyurgaTakdir Itu Milik AkuKhas:CariManatiNabi Musa a.s.AsertifAdiraBrazilPeristiwa Kampung MedanUnited KingdomSenarai Surah Al-QuranMuhamad Akmal SalehMohd Safee Mohd SaliMalaysiaSejarah al-QuranProjek: High CouncilRita RudainiLailatulqadarPerang BadarPuasa (Islam)Khas:Perubahan terkiniPerang PadriInna lillahi wa inna ilaihi raji'unAngeline TanPeribahasa MelayuDugongSarimah IbrahimKelayakan Piala Dunia FIFA 2026 (AFC)Mandi wajibHari Raya AidilfitriPolitik balas budiRamadanFarah AhmadYang di-Pertuan AgongSenarai peribahasa (A–M)Nabi Muhammad SAWMedia sosialSurah Al-AlaqRukun IslamMantra (filem)Elizabeth TanSenarai negara mengikut keluasanSurah al-FatihahKelayakan Piala Dunia FIFA 2026 – AFC Pusingan KeduaEmpayar Rom SuciPerempuan Itu (drama)Mohd Aidil Zafuan Abdul RadzakKarim BenzemaNadia AqilahPerbadanan Tabung Pendidikan Tinggi NasionalJuzDe FamStray KidsPeristiwa 13 MeiPerang Dunia PertamaSultan Ibrahim ibni Sultan IskandarPlat pendaftaran kenderaan MalaysiaAdnan Abu Hassan (ahli politik)Gereja KatolikSultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah ShahSaifuddin Nasution IsmailRaja AzuraPrivate BodyguardSiti Khadijah HalimKhunsaLondonKobe Jae ChongRuhainiesMalang Si PuteriPenjodoh bilangan bahasa MelayuAmir AhnafSenarai saluran AstroAmerika SyarikatShahrulezad MohameddinPasukan bola sepak kebangsaan MalaysiaXXX: Return of Xander CageMahathir MohamadKesultanan Melayu MelakaAnwar IbrahimHannah DelishaNasi tangasNadhir NasarMierul AimanSijil Tinggi Agama MalaysiaSurah al-AlaqSarawakAliff AzizKadet Remaja Sekolah MalaysiaSolat tarawihRiena DianaKerajaan TarumanagaraSenarai lagu yang bertemakan Hari RayaSiti NurhalizaAsbab al-nuzulSolat