Bendera Belarus

Bendera kebangsaan

Bendera Belarus (Bahasa Belarus: Сцяг Беларусі, Sciah Biełarusi, Rusia: Флаг Белоруссии, rumi: Flag Belorussii) terdiri daripada sebidang jalur merah dan jalur hijau lebih nipis kedua-dua mendatar manakala di hujung pula ada sejalur anyaman tradisi. Bendera ini merupakan adaptasi suatu rekaan terdahulu dipakai semasa zaman Soviet dengan sedikit pengolahan dan terbuangnya perlambangan komunis.[1]

Bendera rasmi Belarus dipakai sejak 1995

Bendera ini dirasmikan pada 7 Jun 1995.[2]

Reka bentuksunting

Perlambangansunting

Tiada takrifan rasmi diberikan untuk bendera ini, namun Presiden Aleksandr Lukashenko ada memberi penjelasan merah melambangkan kebebasan dan pengorbanan nenek moyang bangsa Belarus sementara hijau melambangkan kehidupan.[3]

Decorative pattern

Suatu corak khas diletakkan pada hujung bertiang bendera, ia lazim dalam kain ruchnik digunakan dalam adat istiadat setempat seperti upacara keagamaan atau pengebumian.[4] Corak ini direka Matrona Markevich pada 1917.

Spesifikasisunting

Rincian warna-warna bendera ini diberikan menurut dokumen berkod "STB 911–2008":[5]

Standard Colour Sample of the National Flag[5]
ColourColour coordinateY10
x10y10
Red0.553 ± 0.0100.318 ± 0.01014.8 ± 1.0
Green0.297 ± 0.0100.481 ± 0.01029.6 ± 1.0

Rekaan alternatifsunting

Bendera dipakai pada tahun-tahun 1918 dan 1991 hingga 1995

Terdapat juga suatu bendera yang pernah dipakai sebelum 1995 selepas terbubarnya Kesatuan Soviet tahun 1991.

Bendera ini masih digunakan sebagai simbol golongan pergerakan membantah pemerintahan sedia ada di negara tersebut lagi-lagi pemerintahan Alyaksandr Lukashenka yang dianggap "kediktatoran terakhir Eropah".[6]

Rujukansunting

  1. ^ "State Symbols of the Republic of Belarus". The Official Internet Portal of the President of the Republic of Belarus. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 April 2020. Dicapai pada 30 April 2020.
  2. ^ "Указ Президента Республики Беларусь Об утверждении Положения о Государственном флаге Республики Беларусь | Геральдика.ру". Geraldika.ru. Dicapai pada 2012-08-15.
  3. ^ Lukashenko, Alexander (2 Julai 2013). "Remarks of the President at the ceremony to inaugurate the State Flag Square". The Official Internet Portal of the President of the Republic of Belarus (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 30 April 2020.
  4. ^ "Belarusian Textiles" and "Belarusian Ruchnik" pages on the Virtual Guide to Belarus website
  5. ^ a b СТБ 911-2008 Государственный флаг Республики Беларусь. Общие технические условия [STB 911–2008: National Flag of the Republic of Belarus. Technical Specifications.] (dalam bahasa Rusia). State Committee for Standardization of the Republic of Belarus. 2008. Dicapai pada 2010-08-05.
  6. ^ Ulasik, Valeriya; Shalayeva, Alena; Wesolowsky, Tony (4 August 2019). "Unflagging Protest: Belarus's Opposition Inspired By A Pensioner And Her Outlawed Banner". Radio Free Europe/Radio Liberty. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 March 2020.
🔥 Top keywords: Nuzul QuranKhunsa (siri TV)Laman UtamaLelaki ItuWanita SyurgaTakdir Itu Milik AkuKhas:CariManatiNabi Musa a.s.AsertifAdiraBrazilPeristiwa Kampung MedanUnited KingdomSenarai Surah Al-QuranMuhamad Akmal SalehMohd Safee Mohd SaliMalaysiaSejarah al-QuranProjek: High CouncilRita RudainiLailatulqadarPerang BadarPuasa (Islam)Khas:Perubahan terkiniPerang PadriInna lillahi wa inna ilaihi raji'unAngeline TanPeribahasa MelayuDugongSarimah IbrahimKelayakan Piala Dunia FIFA 2026 (AFC)Mandi wajibHari Raya AidilfitriPolitik balas budiRamadanFarah AhmadYang di-Pertuan AgongSenarai peribahasa (A–M)Nabi Muhammad SAWMedia sosialSurah Al-AlaqRukun IslamMantra (filem)Elizabeth TanSenarai negara mengikut keluasanSurah al-FatihahKelayakan Piala Dunia FIFA 2026 – AFC Pusingan KeduaEmpayar Rom SuciPerempuan Itu (drama)Mohd Aidil Zafuan Abdul RadzakKarim BenzemaNadia AqilahPerbadanan Tabung Pendidikan Tinggi NasionalJuzDe FamStray KidsPeristiwa 13 MeiPerang Dunia PertamaSultan Ibrahim ibni Sultan IskandarPlat pendaftaran kenderaan MalaysiaAdnan Abu Hassan (ahli politik)Gereja KatolikSultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah ShahSaifuddin Nasution IsmailRaja AzuraPrivate BodyguardSiti Khadijah HalimKhunsaLondonKobe Jae ChongRuhainiesMalang Si PuteriPenjodoh bilangan bahasa MelayuAmir AhnafSenarai saluran AstroAmerika SyarikatShahrulezad MohameddinPasukan bola sepak kebangsaan MalaysiaXXX: Return of Xander CageMahathir MohamadKesultanan Melayu MelakaAnwar IbrahimHannah DelishaNasi tangasNadhir NasarMierul AimanSijil Tinggi Agama MalaysiaSurah al-AlaqSarawakAliff AzizKadet Remaja Sekolah MalaysiaSolat tarawihRiena DianaKerajaan TarumanagaraSenarai lagu yang bertemakan Hari RayaSiti NurhalizaAsbab al-nuzulSolat