Bakteria

Bakteria ialah satu kumpulan utama organisma unisel. Istilah "bakteria" telah digunakan dengan berbagai-bagai maksud untuk semua prokariot serta untuk sekumpulan utamanya yang digelarkan eubakteria, tergantung kepada gagasan-gagasan mengenai hubungan antaranya. Istilah bakteria yang digunakan dalam rencana ini khusus untuk merujuk kepada eubakteria. Lagi satu kumpulan bakteria (digunakan secara umum dari segi bukan taksonomi) ialah Arkea. Kajian bakteria digelarkan bakteriologi, satu subbidang mikrobiologi.

Bakteria
Julat zaman: Archean or earlier – Recent
Escherichia coli
Pengelasan saintifik
Domain:
Bacteria

Woese et al., 1990[1]
Subsusunan

Actinobacteria
Aquificae
Bacteroidetes/Chlorobi
Chlamydiae/Verrucomicrobia
Chloroflexi
Chrysiogenetes
Cyanobacteria
Deferribacteres
Deinococcus-Thermus
Dictyoglomi
Fibrobacteres/Acidobacteria
Firmicutes
Fusobacteria
Gemmatimonadetes
Nitrospirae
Planctomycetes
Proteobacteria
Spirochaetes
Thermodesulfobacteria
Thermomicrobia
Thermotogae

Struktur sel prokariot

Bakteria adalah organisma yang paling banyak terdapat di dunia, dan sentiasa boleh didapati di dalam tanah serta di dalam air, dan sebagai simbion bagi organisma yang lain. Banyak patogen adalah bakteria. Kebanyakannya amat kecil, biasanya hanya 0.5-5.0 μm pada ukuran yang paling panjang, walaupun bakteria gergasi seperti Thiomargarita namibiensis dan Epulopiscium fishelsoni boleh bertumbuh melebihi saiz 0.5 milimeter. Secara amnya, bakteria mempunyai dinding sel yang serupa dengan sel tumbuhan dan kulat, tetap dinding sel bakteria biasanya diperbuat daripada peptidoglikan dan bukannya daripada selulosa (seperti untuk tumbuhan) atau kitin (seperti untuk kulat), dan tidak berhomolog dengan dinding sel eukariot. Banyak bakteria bergerak dengan menggunakan flagelum yang mempunyai struktur yang berbeza dengan flagelum kumpulan lain.

Biasanya terdapat 40 juta sel bakteria di dalam satu gram tanah dan sejuta sel bakteria di dalam satu mililiter air tawar; keseluruhannya, terdapat kira-kira lima nonilion (5×1030) bakteria di Bumi,[2] membentuk biojisim di Bumi, yang melebihi kesemua tumbuhan dan binatang.[3] Bakteria adalah penting dalam kitar semula nutrien, dengan banyak langkah dalam kitar nutrien bergantung pada organisma ini, seperti pembaikian nitrogen dari atmosfera dan kereputan. Walau bagaimanapun, kebanyakan bakteria tidak dicirikan, dan hanya kira-kira separuh filum bakteria mempunyai spesies yang dapat dikulturkan di dalam makmal.[4]

Sejarahsunting

Bakteria pertama dicerapkan oleh Anton van Leeuwenhoek pada tahun 1674 melalui penggunaan mikroskop kanta tunggal yang direka bentuk sendiri. Nama bakteria diperkenalkan lebih lewat oleh Ehrenberg pada tahun 1828 daripada perkataan Greek βακτηριον yang bermaksud "kayu kecil". Disebabkan kesukaran untuk memerihalkan bakteria secara berasingan, serta kepentingan penemuan bakteria untuk bidang-bidang seperti perubatan, biokimia, dan geokimia, sejarah bakteria telah diperihalkan secara amnya sebagai sejarah mikrobiologi.

Struktur selsunting

Sebagai prokariot, semua bakteria mempunyai struktur sel yang agak sederhana, dan yang tidak mempunyai nukleus sel atau organel seperti mitokondrion dan kloroplas. Kebanyakan bakteria adalah agak kecil dan mempunyai morfologi (bentuk) sel dan koloni tersendiri seperti yang diperihalkan di bawah. Ciri struktur bakteria yang terpenting ialah dinding sel. Bakteria boleh dibahagikan kepada dua kumpulan (positif Gram dan negatif Gram) berdasarkan perbezaan antara struktur dinding selnya sebagaimana yang didedahkan oleh pewarna Gram. Bakteria yang positif Gram mempunyai dinding sel yang terdiri daripada lapisan peptidoglikan yang tebal (digelarkan "Murein" dalam sumber yang lebih lama) serta asid teikoik, sedangkan bakteria negatif Gram mempunyai selaput luar yang mengandungi lipopolisakarida serta selapis peptidoglikan yang nipis yang terletak di dalam periplasma (kawasan antara selaput luar dan selaput sitoplasma).

Banyak bakteria mengandungi struktur luar sel seperti flagelum dan fimbria yang digunakan masing-masing untuk pergerakan, pelekatan, dan pengkonjugatan. Sesetengah bakteria juga mengandungi kapsul atau lapisan lendir yang memudahkan pembentukan biofilem dan pelekatan bakteria kepada permukaan. Bakteria mengandungi agak sedikit struktur intrasel berbanding eukariot, tetapi mengandungi kromosom yang digelungkan dengan ketat, ribosom, dan banyak struktur yang khusus pada spesies seperti selaput intrasel, struktur storan nutrien, vesikel gas, dan magnetosom.

Sesetengah bakteria berupaya untuk membentukkan endospora yang membenarkan bakteria untuk hidup dalam tekanan persekitaran dan kimia yang keterlaluan. Bagaimanapun, sifat ini hanya dihadkan kepada organisma positif Gram seperti Basilus dan Klostridium.

Kelajuan Selsunting

Purata kelajuan sel bakteria menjankau kelajuan dari 50 µm/s - 200 µm/s atau 80 km/sejam mengikut kelajuan manusia.

Istilahsunting

Istilah 'kuman' juga digunakan untun terjermahan bahasa Melayu bagi konsep 'bacteria' dalam bahasa inggeris. Walau bagaimanapun istilah tersebut ditukar kerana perkataan kuman memiliki medan makna yang negatif sahaja berhubung hidupan seni. Ini berbeza daripada makna perkataan 'bakteria' yang merangkumi aspek positif kerana terdapat sesetengah bakteria yang digunakan bagi tujuan positif seperti dalam proses pembuatan yogurt, yis dan penapaian[5].

Rujukansunting

  1. ^ Woese CR, Kandler O, Wheelis ML (1990). "Towards a natural system of organisms: proposal for the domains Archaea, Bacteria, and Eucarya". Proceedings of the National Academy of Sciences of the United States of America. 87 (12): 4576–9. Bibcode:1990PNAS...87.4576W. doi:10.1073/pnas.87.12.4576. PMC 54159. PMID 2112744.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  2. ^ Whitman WB, Coleman DC, Wiebe WJ (1998). "Prokaryotes: the unseen majority". Proceedings of the National Academy of Sciences of the United States of America. 95 (12): 6578–83. doi:10.1073/pnas.95.12.6578. PMC 33863. PMID 9618454.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  3. ^ C.Michael Hogan. 2010. Bacteria. Encyclopedia of Earth. eds. Sidney Draggan and C.J.Cleveland, National Council for Science and the Environment, Washington DC
  4. ^ Rappé MS, Giovannoni SJ (2003). "The uncultured microbial majority". Annual Review of Microbiology. 57: 369–94. doi:10.1146/annurev.micro.57.030502.090759. PMID 14527284.
  5. ^ Hasuria, C.O. dan A. Rokiah. 2009. Kelestarian Bidang Penterjemahan. Kuala Lumpur: Persatuan Penterjemah Malaysia. hlmn 278

Pautan luarsunting

🔥 Top keywords: Nuzul QuranKhunsa (siri TV)Laman UtamaLelaki ItuWanita SyurgaTakdir Itu Milik AkuKhas:CariManatiNabi Musa a.s.AsertifAdiraBrazilPeristiwa Kampung MedanUnited KingdomSenarai Surah Al-QuranMuhamad Akmal SalehMohd Safee Mohd SaliMalaysiaSejarah al-QuranProjek: High CouncilRita RudainiLailatulqadarPerang BadarPuasa (Islam)Khas:Perubahan terkiniPerang PadriInna lillahi wa inna ilaihi raji'unAngeline TanPeribahasa MelayuDugongSarimah IbrahimKelayakan Piala Dunia FIFA 2026 (AFC)Mandi wajibHari Raya AidilfitriPolitik balas budiRamadanFarah AhmadYang di-Pertuan AgongSenarai peribahasa (A–M)Nabi Muhammad SAWMedia sosialSurah Al-AlaqRukun IslamMantra (filem)Elizabeth TanSenarai negara mengikut keluasanSurah al-FatihahKelayakan Piala Dunia FIFA 2026 – AFC Pusingan KeduaEmpayar Rom SuciPerempuan Itu (drama)Mohd Aidil Zafuan Abdul RadzakKarim BenzemaNadia AqilahPerbadanan Tabung Pendidikan Tinggi NasionalJuzDe FamStray KidsPeristiwa 13 MeiPerang Dunia PertamaSultan Ibrahim ibni Sultan IskandarPlat pendaftaran kenderaan MalaysiaAdnan Abu Hassan (ahli politik)Gereja KatolikSultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah ShahSaifuddin Nasution IsmailRaja AzuraPrivate BodyguardSiti Khadijah HalimKhunsaLondonKobe Jae ChongRuhainiesMalang Si PuteriPenjodoh bilangan bahasa MelayuAmir AhnafSenarai saluran AstroAmerika SyarikatShahrulezad MohameddinPasukan bola sepak kebangsaan MalaysiaXXX: Return of Xander CageMahathir MohamadKesultanan Melayu MelakaAnwar IbrahimHannah DelishaNasi tangasNadhir NasarMierul AimanSijil Tinggi Agama MalaysiaSurah al-AlaqSarawakAliff AzizKadet Remaja Sekolah MalaysiaSolat tarawihRiena DianaKerajaan TarumanagaraSenarai lagu yang bertemakan Hari RayaSiti NurhalizaAsbab al-nuzulSolat