Bahasa rasmi

[1]Bahasa rasmi adalah bahasa yang digunakan dalam situasi rasmi, iaitu dalam urusan pemerintahan dan pentadbiran, sistem pendidikan negara, urusan perdagangan dan perusahaan, upacara rasmi, kehakiman dan sebagainya.

Bahasa rasmi tidak perlu membezakan dengan bahasa kebangsaan kerana bahasa rasmi adalah bahasa yang semata-mata dianggap sebagai alat untuk tujuan tertentu yang tidak perlu dikaitkan dengan semangat kebangsaan. Biasanya bahasa rasmi dipilih daripada salah satu bahasa anak negeri dan ada kalanya dipilih bahasa bekas penjajah. Bagi negara yang mempunyai bahasa yang maju, bahasa yang banyak laras bahasanya akan diangkat menjadi bahasa rasmi. Contohnya bahasa Melayu menjadi bahasa rasmi kerana bahasa ini dapat digunakan sebagai bahasa ilmu dan dapat difahami umum.

Pemilihan bahasa rasmi (atau pemilihan tidak mempunyai bahasa rasmi) boleh menjadi isu yang menimbulkan perbalahan.[2] Daripada 193 negara berdaulat di dunia, 178 memiliki bahasa rasmi. Banyak negara yang mengiktiraf lebih daripada satu bahasa rasmi. Di negara yang tidak mempunyai bahasa rasmi, lazimnya akan wujud bahasa de facto. Bahasa Inggeris ialah bahasa rasmi paling biasa, diiktiraf di 51 buah negara. Ini diikuti bahasa Arab, Perancis dan Sepanyol.

Malaysiasunting

Sebagai bahasa rasmi bahasa Melayu ditetapkan menjadi sarana komunikasi dalam bidang pentadbiran. Perkara 152 Perlembagaan Malaysia menyatakan bahawa bahasa rasmi digunakan untuk semua urusan rasmi di peringkat kerajaan persekutuan, kerajaan negeri dan juga badan berkanun. Contohnya dalam bidang pentadbiran undang-undang, kehakiman dan mahkamah telah menggunakan bahasa Melayu. Kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa mahkamah bertambah baik setelah Seksyen 8 Akta Bahasa Kebangsaan dipinda (Jun 1991).

Rujukansunting

  1. ^ فارسی اردو
  2. ^ Alan Patten (Oktober 2011). "Political Theory and Language Policy" (pdf). Political Theory. Princeton. 29 (5): 691–715. doi:10.1177/0090591701029005005. Dicapai pada 25 Ogos 2013.
🔥 Top keywords: Nuzul QuranKhunsa (siri TV)Laman UtamaLelaki ItuWanita SyurgaTakdir Itu Milik AkuKhas:CariManatiNabi Musa a.s.AsertifAdiraBrazilPeristiwa Kampung MedanUnited KingdomSenarai Surah Al-QuranMuhamad Akmal SalehMohd Safee Mohd SaliMalaysiaSejarah al-QuranProjek: High CouncilRita RudainiLailatulqadarPerang BadarPuasa (Islam)Khas:Perubahan terkiniPerang PadriInna lillahi wa inna ilaihi raji'unAngeline TanPeribahasa MelayuDugongSarimah IbrahimKelayakan Piala Dunia FIFA 2026 (AFC)Mandi wajibHari Raya AidilfitriPolitik balas budiRamadanFarah AhmadYang di-Pertuan AgongSenarai peribahasa (A–M)Nabi Muhammad SAWMedia sosialSurah Al-AlaqRukun IslamMantra (filem)Elizabeth TanSenarai negara mengikut keluasanSurah al-FatihahKelayakan Piala Dunia FIFA 2026 – AFC Pusingan KeduaEmpayar Rom SuciPerempuan Itu (drama)Mohd Aidil Zafuan Abdul RadzakKarim BenzemaNadia AqilahPerbadanan Tabung Pendidikan Tinggi NasionalJuzDe FamStray KidsPeristiwa 13 MeiPerang Dunia PertamaSultan Ibrahim ibni Sultan IskandarPlat pendaftaran kenderaan MalaysiaAdnan Abu Hassan (ahli politik)Gereja KatolikSultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah ShahSaifuddin Nasution IsmailRaja AzuraPrivate BodyguardSiti Khadijah HalimKhunsaLondonKobe Jae ChongRuhainiesMalang Si PuteriPenjodoh bilangan bahasa MelayuAmir AhnafSenarai saluran AstroAmerika SyarikatShahrulezad MohameddinPasukan bola sepak kebangsaan MalaysiaXXX: Return of Xander CageMahathir MohamadKesultanan Melayu MelakaAnwar IbrahimHannah DelishaNasi tangasNadhir NasarMierul AimanSijil Tinggi Agama MalaysiaSurah al-AlaqSarawakAliff AzizKadet Remaja Sekolah MalaysiaSolat tarawihRiena DianaKerajaan TarumanagaraSenarai lagu yang bertemakan Hari RayaSiti NurhalizaAsbab al-nuzulSolat