Bahasa Perancis

Bahasa Perancis (le français, la langue française) merupakan antara Bahasa Romawi yang berasal dari Perancis, Belgium, Luxembourg dan Switzerland dan kini dituturkan oleh lebih 300 juta orang di seluruh dunia sebagai bahasa ibunda atau bahasa kedua. Bahasa Perancis berasal daripada Bahasa Latin Empayar Rom. Ia juga dipengaruhi oleh bahasa Celt yang ditutur kawasan Gaul serta Bahasa Jermanik orang Frank.

Bahasa Perancis
Français
Asli kepadaPerancis termasuk jabatan-jabatan, komuniti dan wilayah luar negaranya; Kanada terutamanya di Quebec, New Brunswick dan bahagian Ontario; Belgium; Switzerland; Lubnan; Luxembourg; Monaco; Maghribi; Algeria; Tunisia; banyak negara Afrika Barat dan Tengah seperti Côte d'Ivoire, Republik Demokratik Congo, Niger dan Senegal; Haiti; Mauritius; sesetengah negara Asia seperti Laos, Kemboja, dan Vietnam; Mexico; dan negeri-negeri Louisiana dan Maine di Amerika Syarikat.
KawasanAfrika, Eropah, Amerika, Pasifik
Penutur bahasa
270 juta, dimana 120 juta adalah penutur jati atau fasih[1]
Indo-Eropah
  • Italik
    • Romawi
      • Italo-Barat
        • Barat
          • Gallo-Iberia
            • Gallo-Roman
              • Gallo-Rhaetian
                • Oïl
                  • Bahasa Perancis
Status rasmi
Bahasa rasmi di
30 negara
Dikawal selia olehAcadémie française (Perancis) Office québécois de la langue française (Quebec)
Kod bahasa
ISO 639-1fr
ISO 639-2fre (B)
fra (T)
ISO 639-3
fra

Peta dunia Frankofon
Biru gelap: Penutur jati bahasa Perancis; biru: bahasa rasmi; Biru terang: bahasa kebudayaan; hijau: minoriti

Kini, bahasa Perancis merupakan bahasa rasmi 29 buah negara, serta bahasa rasmi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan banyak lagi pertubuhan antarabangsa yang lain. Pertubuhan la Francophonie merupakan pertubuhan negara penduduk penutur Bahasa Perancis.

Taburan penutursunting

Bahasa ini diucapkan oleh 19.71% daripada populasi Kesatuan Eropah, menjadikan bahasa Perancis sebagai bahasa ketiga paling banyak digunakan di Kesatuan selepas bahasa Inggeris dan bahasa Jerman serta bahasa kedua yang paling banyak diajar selepas bahasa Inggeris.[2][3]

Dalam Perlembagaan Perancis, bahasa Perancis telah menjadi bahasa rasmi Republik sejak 1992,[4] walaupun ordinan Villers-Cotterêts telah menjadikan bahasa Perancis sebagai bahasa wajib dalam dokumen undang-undang sejak 1539. Perancis mengamanatkan penggunaan bahasa Perancis dalam penerbitan rasmi kerajaan, pendidikan umum (kecuali dalam kes tertentu), dan kontrak undang-undang; sebarang iklan mesti mengandungi terjemahan perkataan asing.

Majoriti penduduk berbahasa Perancis dunia tinggal di Afrika. Menurut anggaran pada 2018 daripada Organisation Internationale de la Francophonie, dianggarkan 141 juta orang di 34 negara dan wilayah Afrika boleh bertutur dalam bahasa Perancis sebagai bahasa pertama atau kedua.[5][6] Jumlah ini tidak termasuk orang-orang yang tinggal di negara-negara Afrika bukan Francophone yang belajar bahasa Perancis sebagai bahasa asing. Berikutan peningkatan pengunaan bahasa Perancis di Afrika, jumlah penduduk berbahasa Perancis di seluruh dunia dijangka mencapai 700 juta orang pada 2050. [7] Bahasa Perancis ialah bahasa yang paling pesat berkembang di benua ini (baik sebagai bahasa rasmi mahupun bahasa asing). [57] [58] Bahasa Perancis secara umumnya merupakan bahasa kedua di Afrika, tetapi menjadi bahasa pertama di beberapa kawasan bandar, seperti wilayah Abidjan, Cote d'Ivoire[8] dan di Libreville, Gabon.[9] Tidak ada "bahasa Perancis Afrika" yang wujud, sebaliknya pelbagai bentuk bahasa Perancis terbentuk melalui pertembungan dengan pelbagai bahasa asli Afrika.[10]

Bahasa Perancis adalah bahasa kedua paling umum di Kanada selepas bahasa Inggeris, dan kedua-dua bahasa ialah bahasa rasmi di peringkat persekutuan. Bahasa ini merupakan bahasa pertama 9.5 juta orang atau 29% penduduk Kanada dan bahasa kedua untuk 2.07 juta atau 6% penduduk.[11] Bahasa Perancis adalah satu-satunya bahasa rasmi di wilayah Quebec yang menjadi bahasa ibunda bagi sekitar 7 juta orang, atau hampir 80% (bancian 2006) wilayah tersebut. Kira-kira 95% penduduk Quebec dapat bertutur dalam bahasa Perancis sebagai bahasa pertama atau kedua, dan sebahagiannya sebagai bahasa ketiga mereka. Quebec juga menempatkan bandar raya Montreal, yang merupakan kota berbahasa Perancis keempat terbesar di dunia mengikut jumlah penutur bahasa pertama. [12]

Rujukansunting

  1. ^ Bahasa Perancis di dunia: komuniti berkembang, Dimasukkan 14 Jun
  2. ^ European Commission (Jun 2012), "Europeans and their Languages" (PDF), Special Eurobarometer 386, Europa, m/s. 5, diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2016-01-06, dicapai pada 7 September 2014
  3. ^ "Explore language knowledge in Europe". languageknowledge.eu.
  4. ^ Novoa, Cristina; Moghaddam, Fathali M. (2014). "Applied Perspectives: Policies for Managing Cultural Diversity". Dalam Benet-Martínez, Verónica; Hong, Ying-Yi (penyunting). The Oxford Handbook of Multicultural Identity. Oxford Library of Psychology. New York: Oxford University Press. m/s. 468. ISBN 978-0-19-979669-4. LCCN 2014006430. OCLC 871965715.
  5. ^ Observatoire de la langue française de l’Organisation internationale de la Francophonie. "Estimation du nombre de francophones (2018)" (PDF). Dicapai pada 2020-11-24.
  6. ^ Observatoire démographique et statistique de l'espace francophone (ODSEF). "Estimation des populations francophones dans le monde en 2018 - Sources et démarches méthodologiques" (PDF). Dicapai pada 2020-11-24.
  7. ^ Cross, Tony (2010-03-19), "French language growing, especially in Africa", Radio France Internationale, dicapai pada 2013-05-25
  8. ^ Le français à Abidjan : Pour une approche syntaxique du non-standard oleh Katja Ploog, CNRS Editions, Paris, 2002.
  9. ^ "L'aménagement linguistique dans le monde". CEFAN (Chaire pour le développement de la recherche sur la culture d’expression française en Amérique du Nord, Université Laval (dalam bahasa Perancis). Jacques Leclerc. Dicapai pada 19 May 2013.
  10. ^ "Annonces import export Francophone - CECIF.com". www.cecif.com.
  11. ^ "Francophonie ("Qu'est-ce que la Francophonie?")". www.axl.cefan.ulaval.ca.
  12. ^ "What are the largest French-speaking cities in the world?". Tourist Maker (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2016-10-06.

Pautan luarsunting

🔥 Top keywords: Nuzul QuranKhunsa (siri TV)Laman UtamaLelaki ItuWanita SyurgaTakdir Itu Milik AkuKhas:CariManatiNabi Musa a.s.AsertifAdiraBrazilPeristiwa Kampung MedanUnited KingdomSenarai Surah Al-QuranMuhamad Akmal SalehMohd Safee Mohd SaliMalaysiaSejarah al-QuranProjek: High CouncilRita RudainiLailatulqadarPerang BadarPuasa (Islam)Khas:Perubahan terkiniPerang PadriInna lillahi wa inna ilaihi raji'unAngeline TanPeribahasa MelayuDugongSarimah IbrahimKelayakan Piala Dunia FIFA 2026 (AFC)Mandi wajibHari Raya AidilfitriPolitik balas budiRamadanFarah AhmadYang di-Pertuan AgongSenarai peribahasa (A–M)Nabi Muhammad SAWMedia sosialSurah Al-AlaqRukun IslamMantra (filem)Elizabeth TanSenarai negara mengikut keluasanSurah al-FatihahKelayakan Piala Dunia FIFA 2026 – AFC Pusingan KeduaEmpayar Rom SuciPerempuan Itu (drama)Mohd Aidil Zafuan Abdul RadzakKarim BenzemaNadia AqilahPerbadanan Tabung Pendidikan Tinggi NasionalJuzDe FamStray KidsPeristiwa 13 MeiPerang Dunia PertamaSultan Ibrahim ibni Sultan IskandarPlat pendaftaran kenderaan MalaysiaAdnan Abu Hassan (ahli politik)Gereja KatolikSultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah ShahSaifuddin Nasution IsmailRaja AzuraPrivate BodyguardSiti Khadijah HalimKhunsaLondonKobe Jae ChongRuhainiesMalang Si PuteriPenjodoh bilangan bahasa MelayuAmir AhnafSenarai saluran AstroAmerika SyarikatShahrulezad MohameddinPasukan bola sepak kebangsaan MalaysiaXXX: Return of Xander CageMahathir MohamadKesultanan Melayu MelakaAnwar IbrahimHannah DelishaNasi tangasNadhir NasarMierul AimanSijil Tinggi Agama MalaysiaSurah al-AlaqSarawakAliff AzizKadet Remaja Sekolah MalaysiaSolat tarawihRiena DianaKerajaan TarumanagaraSenarai lagu yang bertemakan Hari RayaSiti NurhalizaAsbab al-nuzulSolat