Bahasa Aceh

Bahasa bangsa Acheh, berasal daripada Acheh di hujung utara pulau Sumatra

Bahasa Aceh (Jawi: بهسا اچيه) merupakan sebahagian daripada Keluarga Bahasa Melayu-Polinesia. Bahasa ini dituturkan di Nanggröe Aceh Darussalam merupakan berpengaruh di sebahagian besar wilayah kecuali di Bener Meriah, Aceh Tengah, Gayo Lues, Aceh Tamiang, Aceh Singkil, Aceh Tenggara dan Simeulue. Penutur bahasa Aceh juga boleh ditemui disebahagian kawasan di Malaysia, misalnya keturunan Aceh di Yan, Kedah.Ada kemungkinan Bahasa Aceh mempunyai kesamaan dengan Bahasa Cham dan Bahnar di Kemboja dan Vietnam.

Bahasa Aceh
Aceh
Asli kepadaIndonesia
KawasanAceh, Sumatra
Penutur bahasa
3.5 juta (Bancian 2000)
Austronesian
Kod bahasa
ISO 639-2ace
ISO 639-3ace

Ejaansunting

Bahasa Aceh telah mengalami berulang kali perubahan ejaan, mulai penggunaan abjad Arab, abjad Latin ejaan lama, dan sekarang adalah Ejaan Yang Disempurnakan.Berikut adalah kaedah ejaannya:

  • Ee dibaca seperti huruf "e" dalam kata "dekat"; contohnya: le (banyak).
  • Èè dibaca seperti huruf "e" dalam kata "besok"; contohnya: lè (dulu).
  • Éé dibaca seperti huruf "e" dalam kata "kue"; contohnya: lé (oleh).
  • Ëë tidak ditemui padanannya dalam bahasa Indonesia.
  • Öö tidak ditemui padanannya dalam bahasa Indonesia.
  • Ôô dibaca seperti huruf "o" dalam kata "soto", "foto", "tato"; contohnya: bôh (taruh), sôh (tinju), tôh (mengeluarkan).
  • Oo dibaca seperti huruf "o" dalam kata "tolong", "kota"; contohnya: boh (buah), soh (kosong), toh (mana).

Pengkelasan dan bahasa-bahasa terkaitsunting

Bahasa Aceh adalah rumpun bahasa Austronesian Malayo-Polinesia. Bahasa terhampir dengan Bahasa Aceh adalah bahasa-bahasa Cham yang lain, yang pada dasarnya dituturkan di Vietnam. Bahasa yang paling hampir dengan keluarga Cham ialah keluarga Bahasa Melayu, termasuk bahasa-bahasa yang dituturkan di Sumatra seperti Gayo, Bahasa Batak dan Minangkabau serta Bahasa Kebangsaan Indonesia (Bahasa Melayu Indonesia). Paul Sidwell menyatakan bahawa Bahasa Aceh mungkin mempunyai substratum Austroasiatik.

Kawasan tuturansunting

Bahasa Aceh dituturkan Sumatera Utara terutamanya di kawasan pesisir Aceh. Bahasa ini dituturkan di 13 daerah dan 4 kota di Aceh, iaitu:

Bandar

  1. Sabang
  2. Banda Aceh
  3. Lhokseumawe
  4. Langsa

Pantai Timur Laut

  1. Aceh Besar
  2. Pidie
  3. Pidie Jaya
  4. Bireuen
  5. Aceh Utara
  6. Aceh Timur (kecuali di 3 sub-daerah - Serba Jadi, Peunaron dan Simpang Jernih di mana Bahasa Gayo lebih lazim dituturkan)
  7. Aceh Tamiang (sub-daerah Manyak Payet and Kuala Simpang)

Pantai Barat-Selatan

  1. Aceh Jaya
  2. Aceh Barat
  3. Nagan Raya
  4. Barat daya Aceh (kecuali di sub-daerah Susoh di mana Bahasa  Aneuk Jamee lebih lazim dituturkan)
  5. South Aceh (bahasa campuran antara Bahasa Kluet dan Aneuk Jamee lebih lazim dituturkan)

Sistem Tulisansunting

Sebelumnya, Bahasa Aceh ditulis dalam Skrip Arab yang disebut Jawoë atau Jawi dalam Bahasa Melayu. Skrip ini makin kurang diamalkan pada masa kini. Semenjak penjajahan oleh Orang Belanda, Bahasa Aceh ditulis dalam Skrip Latin dengan penambahan huruf tambahan. Huruf tambahan tersebut adalah, é, è, ë, ö dan ô. Suara ɨ diwakili oleh 'eu' dan bunyi ʌ diwakili oleh 'ö'. Huruf 'ë' digunakan untuk mewakili bunyi schwa yang membentuk bahagian diphthong kedua. Huruf f, q, v, x, dan z hanya digunakan dalam kata pinjaman.

Loghatsunting

Setakat ini belum ada kajian menyeluruh mengenai dialek Bahasa Aceh. Walau bagaimanapun, terdapat sekurang-kurangnya 10 dialek dalam Bahasa Aceh. Dialek tersebut adalah Pasè, Peusangan, Matang, Pidië, Buëng, Banda, Daya, Meulabôh, Seunagan dan Tunong.

Contohsunting

  • Peu haba? = Apa khabar?
  • Haba gèt = Khabar baik.
  • Lôn piké geutanyoë han meureumpok lé = Saya ingat kita takkan berjumpa lagi.
  • Lôn jép ië u muda = Saya minum air kelapa muda.
  • Agam ngön inong = lelaki dan wanita
  • Lôn = saya
  • Kah, droën = kamu, anda
  • Han = tidak,tak
  • Na = ada
  • Hana = tak ada
  • Pajôh = makan
  • Jih, dijih, gobnyan = dia, beliau
  • Ceudah that gobnyan = kacak sekali dia.

Hatne gakmo kesunting

🔥 Top keywords: Nuzul QuranKhunsa (siri TV)Laman UtamaLelaki ItuWanita SyurgaTakdir Itu Milik AkuKhas:CariManatiNabi Musa a.s.AsertifAdiraBrazilPeristiwa Kampung MedanUnited KingdomSenarai Surah Al-QuranMuhamad Akmal SalehMohd Safee Mohd SaliMalaysiaSejarah al-QuranProjek: High CouncilRita RudainiLailatulqadarPerang BadarPuasa (Islam)Khas:Perubahan terkiniPerang PadriInna lillahi wa inna ilaihi raji'unAngeline TanPeribahasa MelayuDugongSarimah IbrahimKelayakan Piala Dunia FIFA 2026 (AFC)Mandi wajibHari Raya AidilfitriPolitik balas budiRamadanFarah AhmadYang di-Pertuan AgongSenarai peribahasa (A–M)Nabi Muhammad SAWMedia sosialSurah Al-AlaqRukun IslamMantra (filem)Elizabeth TanSenarai negara mengikut keluasanSurah al-FatihahKelayakan Piala Dunia FIFA 2026 – AFC Pusingan KeduaEmpayar Rom SuciPerempuan Itu (drama)Mohd Aidil Zafuan Abdul RadzakKarim BenzemaNadia AqilahPerbadanan Tabung Pendidikan Tinggi NasionalJuzDe FamStray KidsPeristiwa 13 MeiPerang Dunia PertamaSultan Ibrahim ibni Sultan IskandarPlat pendaftaran kenderaan MalaysiaAdnan Abu Hassan (ahli politik)Gereja KatolikSultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah ShahSaifuddin Nasution IsmailRaja AzuraPrivate BodyguardSiti Khadijah HalimKhunsaLondonKobe Jae ChongRuhainiesMalang Si PuteriPenjodoh bilangan bahasa MelayuAmir AhnafSenarai saluran AstroAmerika SyarikatShahrulezad MohameddinPasukan bola sepak kebangsaan MalaysiaXXX: Return of Xander CageMahathir MohamadKesultanan Melayu MelakaAnwar IbrahimHannah DelishaNasi tangasNadhir NasarMierul AimanSijil Tinggi Agama MalaysiaSurah al-AlaqSarawakAliff AzizKadet Remaja Sekolah MalaysiaSolat tarawihRiena DianaKerajaan TarumanagaraSenarai lagu yang bertemakan Hari RayaSiti NurhalizaAsbab al-nuzulSolat