Surah Al-An’aam

Surah Al An'aam - (Binatang Ternakan) سورة الأنعام - yang mempunyai 165 ayat. Surah ini termasuk dalam golongan surah Makkiyah kerana hampir keseluruhan ayat-ayat-Nya diturunkan di Makkah sebelum hijrah. Dinamakan Al-An'aam kerana di dalamnya disebut An'aam dalam hubungan dengan adat-istiadat kaum musyrikin yang menurut mereka binatang-binatang ternak itu dapat dipergunakan untuk mendekatkan diri kepada tuhan mereka. Juga dalam surah ini disebutkan hukum-hukum yang berkenaan dengan binatang ternak itu.

Isi kandungannya:

1. Keimanan:Bukti-bukti keesaan Allah SWT serta kesempurnaan sifat-sifatNya; kebenaran kenabian Nabi Muhammad SAW; penyaksian Allah atas kenabian Ibrahim, Ishaq, Ya'qub, Nuh, Daud, Sulaiman, Ayyub, Yusuf, Musa, Harun, Zakaria, Yahya, 'Isa, Ilayas, Alyasa', Yunus dan Luth; penegasan tentang adanya risalah dan wahyu serta hari pembalasan dan hari kebangkitan, kepalsuan kepercayaan orang-orang musyrik dan keingkaran mereka terhadap hari kiamat.

2. Hukum-hukum:Larangan mengikuti adat istiadat yang dibuat-buat oleh kaum Jahiliyah; makanan yang halal dan yang haram; wasiat yang sepuluh dari Al Quran, tentang tauhid keadilan dan hukum-hukum; larangan mencaci maki berhala orang musyrik karena mereka akan membalas dengan mencaci maki Allah.

3. Kisah-kisah:Kisah umat-umat yang menentang rasul-rasul; kisah pengalaman Nabi Muhammad SAW dan para nabi pada umumnya; cerita Nabi Ibrahim a.s. membimbing kaumnya kepada tauhid.

4. Dan lain-lain:Sikap keras kepala kaum musyrikin, cara seorang nabi memimpin umatnya; bidang-bidang kerasulan dan tugas rasul-rasul; tantangan kaum musyrikin untuk melemahkan rasul; kepercayaan orang-orang musyrik terhadap jin, syaitan dan malaikat; beberapa prinsip keagamaan dan kemasyarakatan; nilai hidup duniawi.

Pautan luar

sunting

Dengar bacaan di sini


Surah Sebelumnya:
Surah Al-Maa’idah
Al Quran (القــرآن الكـــريم)Surah Berikutnya:
Surah Al-A’raaf
Surah 6
🔥 Top keywords: Laman UtamaKelas Tahanan Cikgu HiragiKhas:CariSalju Rindu di Bumi AucklandMuzikal Lawak Superstar (musim 4)Fatin AfeefaSenarai kata pinjaman bahasa MelayuKhas:Perubahan terkiniDarjah kebesaran negeri SabahUncle Bos MamaAnwar IbrahimNadhir NasarSenarai peribahasa (A–M)Azad JasminNabi MuhammadPerdana Menteri MalaysiaInna lillahi wa inna ilaihi raji'unZul Adnan Mohd RazaliGISB HoldingsArena LieyaSenarai saluran AstroKesultanan Melayu MelakaThe Masked Singer Malaysia (musim 4)MalaysiaRiena DianaTuan DanialEliza ScanlenSultanah Nur Diana Petra AbdullahJohor Darul Ta'zim F.C.Anna JoblingTernyata Sebuah BahagiaHai Cinta, DengarkanlahMahathir MohamadPembentukan MalaysiaPlat pendaftaran kenderaan MalaysiaYang di-Pertuan AgongSultan Muhammad VFrekuensi radio di SelangorKitar semulaSuami, Isteri dan .....?Peristiwa 13 MeiTunku Abdul RahmanZara ZyaTok JanggutSolatRukun NegaraEzzanie JasnyNeeta ManisPerang Dunia KeduaIsyariana Che AzmiNegara-Negara KomanwelMat SallehIsteri-isteri Nabi MuhammadAnugerah Bintang Popular Berita Harian ke-36PaduDaiyan TrishaErysha EmyraIntan NajuwaSifat-sifat AllahAsaari MuhammadDato' BahamanRaden ZaharatulSisa domestikNegeri-negeri Melayu BersekutuAbang AdikAl-ArqamAurad MuhammadiahPencemaran udaraTengku Adnan Tengku MansorNegeri-negeri Melayu Tidak BersekutuJata MalaysiaPersatuan Negara-negara Asia TenggaraMuzikal Lawak SuperstarBendera MalaysiaLayar LaraNegeri dan Wilayah Persekutuan di MalaysiaFrekuensi radio di PerakXPDCTony EusoffSabahMat KilauPerjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948Slot AkasiaWudukRentapPerlembagaan MalaysiaHubungan seksPolis Diraja MalaysiaMat SentolSarawakFrekuensi radio di JohorSyiahGegar Vaganza (musim 11)Senarai saluran Astro NJOIKata adjektifKhadijah AamWings (kumpulan muzik Malaysia)Ya’juj dan Ma’jujSejarah Malaysia