Kitab suci Islam

Rencana senarai Wiki


Kitab (Bahasa Arab: کتاب‎) salah satu daripada Rukun Iman di dalam agama Islam adalah percaya kepada kitab-kitab yang telah diturunkan oleh Allah SWT.

Orang Islam percaya bahawa Allah telah menurunkan kitab-kitab kepada para nabi dan rasul untuk membimbing manusia ke jalan yang benar. Ia diakhiri dengan kitab Al-Quran.

4 Kalam yang perlu kita beriman kepada adalah:

  1. Taurat: diturunkan kepada Nabi Musa AS
  2. Zabur: diturunkan kepada Nabi Daud AS
  3. Injil: diturunkan kepada Nabi Isa AS
  4. Al-Quran:diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW

Orang Islam percaya bahawa pada masa kini, kitab-kitab selain Al-Quran telah diubahsuai mengikut kehendak pihak-pihak tertentu; maka ia bukan lagi merupakan naskah-naskah yang tulen. Al-Quran menyempurnakan segala kitab-kitab yang terdahulu.

Iman Kepada KitabSunting

Iman terhadap Kitab-Kitab Allah dapat dihuraikan sebagai berikut. Jika yang dimaksud adalah Iman terhadap Al-Quran maka dalilnya aqli, kerana Al-Quran dapat diindera dan dijangkau. Demikian pula kemukjizatan Al-Quran dapat diindera sepanjang zaman.

Tetapi jika yang dimaksud adalah iman terhadap kitab-kitab selain Al-Quran, seperti Taurat, Injil dan Zabur, maka dalilnya adalah naqli. Alasannya bahawa Kitab-Kitab ini adalah dari sisi Allah tidak dapat dijangkau (keberadaannya) sepanjang zaman. Kitab-Kitab tersebut adalah dari sisi Allah dan dapat dijangkau keberadaanya tatkala ada Rasul yang membawanya sebagai mukjizat. Kemukjizatannya berhenti saat waktunya berakhir. Jadi, mukjizat tersebut tidak boleh dijangkau oleh orang-orang (pada masa) setelahnya.

Namun sampai kepada kita berupa berita yang mengatakan bahawa kitab tersebut berasal dari Allah dan diturunkan kepada Rasul. Kerana itu dalilnya naqli bukan aqli, kerana akal - di setiap zaman - tidak mampu menjangkau bahawa kitab itu adalah kalam Allah dan akal tidak mampu mengindera kemukjizatannya.

Lihat JugaSunting

🔥 Top keywords: Maulidur RasulNabi Muhammad SAWLaman UtamaLuruhnya Bunga CintaMuhamad Akmal SalehTracie SinidolKhas:CariGegar Vaganza (musim 10)Elly MazleinSelawatInna lillahi wa inna ilaihi raji'unJohor Darul Ta'zim F.C.Pemburu RahsiaHarimauIsteri-isteri Nabi MuhammadMalaysiaPenyakit XKesultanan Melayu MelakaSalasilah keturunan Nabi MuhammadGegar VaganzaAnwar IbrahimSukan Asia 2022Malbatt: Misi BakaraAnak kerakRuhil AmaniOne Million Dollar VoiceRahsia (filem 2023)AsertifAstro (televisyen satelit)Universiti Teknologi MARAYang di-Pertuan AgongBendera MalaysiaNaszriah NgasriSenarai peribahasa (A–M)Tan Cheong MinBukan Cinta SempurnaRukun solatSenarai saluran AstroRukun NegaraCliff UmarPeribahasa MelayuKampung Boy (siri TV)Sejarah pendaratan Jepun di Tanah MelayuPerayaan Kuih BulanWan Ji Wan HussinPeroduaMahathir bin MohamadXXX: Return of Xander CagePelangai (kawasan negeri)Musa HassanNombor plat kenderaan MalaysiaSurah al-FatihahFrom Saga With LovePiala MalaysiaPerdana Menteri MalaysiaSultan Ibrahim IsmailSepahtu Reunion LiveBahasa MelayuMamat ExistsSenarai negara berdaulatBima SaktiRukun ImanJalaluddin HassanMohd Radzi Md JidinGegar Vaganza (musim 7)Putri ArianiSlot AkasiaGoogleMandi wajibSahronizam NoorNur Shazrin Mohd LatifHassan AzhariAminah binti WahbPadiberas Nasional BerhadPenjajahan Jepun di Tanah MelayuLiga Super MalaysiaTunku Abdul RahmanSenarai saluran Astro NJOIP. RamleeSultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah ShahMat KilauNeelofaPukimakDewi RemajaTala' al Badru 'AlaynaKelantanIsrak dan MikrajFuad HassanNajib RazakSelangor12 RabiulawalSenarai Surah Al-QuranMuhammadThe Masked Singer Malaysia (musim 2)Puteri Sarah LiyanaAwal MuharamKalimpongNegeri dan Wilayah Persekutuan di MalaysiaDarjah kebesaran negeri Kelantan